SweetMuslimah.com

Tuesday, June 30, 2015

Rindu Awak 200% Raya

Assalamualaikum..

Selamat pagi, dah 13 hari kita berpuasa sekejap masa berlalu.. Nampaknya hari raya nanti tak pi mana la sebab banyak rancangan-rancangan menarik yang bakal ditayangkan di kaca TV. Banyak juga drama-drama adaptasi novel yang dah ditayangkan akan disambung ke versi raya plak..salah satunya adalah drama adaptasi novel teritan alaf 21 ni.
Setelah drama adaptasi novel Rindu Awak 200% karya Liyana Zahim terbitan Alaf 21 yang pernah disiarkan di slot Akasia TV mencetuskan fenomena tersendiri. Kini gandingan mantap dua pelakon utamanya, Zul Ariffin dan Ayda Jebat kembali bergandingan dalam sekuel telemovie 'Rindu Awak 200% Raya'.
Ingin tahu apakah yang berlaku selanjutnya, pastikan anda tidak lupa saksikan 'Rindu Awak 200%' Raya hanya di TV3 pada Hari Raya ini.

200
Zul Ariffin dan Aida Jebat di Lokasi Rindu awak 200% Raya

Monday, June 29, 2015

Baju Raya Che Ta

Assalamualaikum..

Selamat petang...dah hampir masuk pertengahan ramdhan aku pasti semua orang dah sediakan persiapan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Bagi aku sekeluarga memang xsiap sepenuhnya lagi tunggu masa lapang untuk shopping keperluan anak-anak.kuih muih tu tak tahu lagi nak tunjuk-tunjuk ke nak buat sendiri. Pasti yang lebih meriah artis-artis la dah bajet lebih mesti sambutan hari raya pun 'boom" punya. tengok saje Che Ta dah siap tempah 60 pasang baju untuk dia punya family tambahan lagi kehadiran si comel Aaisyah.

Image result for gambar che ta sekeluarga

Hari Raya Aidilfiti tahun ini pasti disambut meriah oleh pelakon jelita Rozita Che Wan sekeluarga dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kali pertama menyambut hari kemenangan umat Islam ini.
Memetik laporan mStar Online, Che Ta mendedahkan sudah menyiapkan 20 pasang baju kurung buat dirinya untuk digayakan sempena Aidilfitri kali ini.
Malah, suaminya Zain Saidin dan si kecil Aaisyah juga mempunyai jumlah baju raya yang sama sekali gus menggenapkan 60 pasang baju untuk tiga beranak ini.
“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.
“Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.
Dalam pada itu, tahun ini Che Ta akan beraya di rumah keluarga suaminya di Bukit Antarabangsa, Ampang sebelum pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.

Tanda-Tanda & Gejala Demam Denggi

Assalamualikum..

Selamat pagi dan selamat bekerja bagi yang bekerja,. Moga pagi dan hari ini adalah lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Pagi tadi semasa memandu ke tempat kerja aku dengar berita di radia tentang satu perkara yang bagi aku kita semua tak boleh ambil mudah iaitu kes demam denggi yang semakin meningkat dari hari ke hari. Peningkatan kes denggi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti persekitaran yang tidak bersih, perubahan serotaipvirus denggi, faktor pergerakan manusia, perubahan cuaca, urbanisasi dan aktiviti kawalan bagi mengawal transmisi jangkitan. Denggi tidak mengenal usia, jantina, bangsa, kita perlu lebih berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling kita. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal untuk mengawal dari naymuk aedes membiak. Peka dengan perubahan pada tubuh badan kita dan segera rujuk doktor jika merasa tanda-tanda demam denggi.


Semak diri anda jika ada tanda berikut, terus dptkan rawatan segera di klinik kesihatan berhampiran.









Sunday, June 28, 2015

Daging Segar Hutan Kampung

Assalamualaikum..

Selamat tengah hari..Jom pakat beli daging kat pondok hutan kampung. Memang officemate pun ramai yang pi beratur time nak raya untuk beli daging di Hutan Kampung ni.


ALOR SETAR - Setiap kali tiba Ramadan, pondok di tepi Jalan Hutan Kampung pasti menjadi tumpuan pembeli untuk mendapatkan daging lembu segar.
Jalan sepanjang dua kilometer itu akan dipenuhi pembeli yang ingin mendapatkan daging berkualiti dari gerai berbentuk pondok yang dibina di situ.
Pembeli, Talib Chin, 51, berkata, menjelang Ramadan dan Aidilfitri sudah pasti kawasan itu akan menjadi tumpuan penduduk sekitar.
Menurutnya, sejak dahulu lagi apabila tiba awal Ramadan, orang ramai akan beratur bagi mendapatkan bekalan daging di situ.
“Peniaga yang menjual daging secara dalam pondok itu menjadi tradisi bagi penduduk di utara sebelum wujudnya pasar.
“Pembangunan di Hutan Kampung semakin berkembang namun, sistem berniaga dalam pondok itu masih terus mendapat sambutan sehingga hari ini,” katanya.
Talib berkata, orang ramai berpuas hati menjalankan urus niaga di sini kerana selain daging, mereka boleh mendapatkan pelbagai bahagian daripada seekor lembu.
Manakala, peniaga, Mohd Romzi Abidin, 54,  berkata, gerai itu sudah wujud sejak sebelum merdeka dan sudah sinonim dengan penduduk di sini.
Jelasnya, pelanggan yang datang bukan sahaja penduduk sekitar malah dari daerah berdekatan seperti Pokok Sena dan Kubang Pasu.
“Ketika Ramadan jualan kami lebih daripada hari biasa, jika sebelum ini hanya menjual setengah ekor tetapi kali ini kami mampu menjual seekor lembu.
"Jualan mendapat sambutan kerana kami hanya menyediakan daging lembu tempatan kepada pelanggan,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian, sebelum ini terdapat empat gerai sahaja tetapi ketika Ramadan sebanyak enam pondok  beroperasi di sini.

Sumber: Sinar Harian

Rawatan Baru Untuk Slip Disc (Sakit Belakang)

Assalamulaikum..
Selamat pagi semoga kita semua sihat dan ceriadi pagi ini. Bagi yang bercuti selamat bercuti dan yang dah mula kerja buat kerja elok-elok. Kebelakangan ini banyak aku dengar cerita tentang penyakit Slip Disc iaitu sakit di bahagian tulang belakang sehingga kadang-kadang akan menyebabkan seseorang pengidap itu tidak boleh berjalan. Pada mulanya aku ingatkan mungkin ia terjadi akibat faktor umur kebatangkalian umur 40-an ke atas tapi rupa-rupanya di luar sana banyak jugak yang mengidap sakit belakang ini walau bukan terjadi dari kecederaan yang teruk atau kesan terjatuh pada satu masa dahulu. Mungkin artikel di bawah dapat membantu untuk merawat.
Suntikan Radiofrekuensi Intradiskal
Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.
Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.
Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90%. Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.

Q&A
Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal(Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?
Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.
Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?
Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.
Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?
Procedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.
Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?
Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.
Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.
Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90%. Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.

Saturday, June 27, 2015

Pokok Tin/Fig Dah Berbuah..

Assalamualaikum..
Selamat tengah hari semua..hari ni nak share perkembangan pokok tin/fig yang En Suami tanam dah nampak hasilnya. Teruja tengok dari berputik hari dah makin besar tunggu masak ranum untuk dimakan jek..

Friday, June 26, 2015

Tentang Kehidupan: Tips Untuk Didik Anak Berpuasa

Tentang Kehidupan: Tips Untuk Didik Anak Berpuasa

Tentang Kehidupan: Jangan Mengeluh

Tentang Kehidupan: Jangan Mengeluh

Jangan Mengeluh

Assalamualaikum..

Selamat pagi Alhamdulillah masih diberi nikmat dan masih bernafas. Setiap dari kita memang xlari dr masalah dan tekanan. Keadaan yang menjadikan kita mengeluh dengan nasib diri. Sedikit tazkirah untuk perkongsian. Ingatan untuk semua terutama untuk diriku sendiri..

#Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
*ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
"Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat" (An Naba' : 9)

#Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku."
*ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

#Ketika kita mengeluh :
“Serabutnya fikiran ini"
*ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

#Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia."
*ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya”
(Al Zalzalah : 7)

#Ketika kita mengeluh:
“takde sorang pun yang nak tolong aku."
*ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

#Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedih sangat.”
*ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta dirimu" (At Taubah : 40) 

Jangan banyak mengeluh. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa & tawakkal. Hadapi dengan tenang. Selamat menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.

Thursday, June 25, 2015

ISLAM MENGGALAKKAN TEMANI ISTERI BERSALIN


Assalamulaikum..

Presiden Persatuan Ulamak Malaysia, Ahmad Awang berkata, kehadiran suami ketika isteri bersalin diiringi doa dan zikir secara psikologinya dapat mengurangkan kesakitan isteri ketika bersalin.
"Di dalam Islam, langkah ini digalakkan kerana suami dibenarkan berada bersama isteri ketika bersalin,". Beliau berkata, langkah membenarkan suami berada bersama isteri ketika bersalin dapat melatih suami menjadi lebih bertanggungjawab.
Ada di antara isteri tidak mahu suaminya ada bersama ketika bersalin kerana malu. Namun demikian kehadiran suami mempunyai beberapa kebaikan untuk si isteri sewaktu bersalin.
Antara kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana jika suami takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.
Pengalaman melihat isteri melahirkan zuriat anda dengan mata sendiri memberi kesan yang amat mendalam kepada sikap anda sebagai suami. Segala bakti yang anda curahkan padanya tidak boleh menandingi jasa isteri anda menanggung sakit sewaktu melahirkan zuriat yang anda tunggu-tunggu selama ini.
Ambillah kesempatan ini untuk mempertingkatkan kesyukuran anda kepada Allah S.W.T atas kurniaanNya selama ini.

Wednesday, June 24, 2015

Jawatan Kosong Di Perbendaharaan

Assalamualikum..

Selamat petang semoga ceria-ceria sentiasa la hendaknya.. petang ni cuma nak share tentang iklan jawatan kosong di Perbendaharaan Malaysia. Jawatan sebagai Pegawai Tadbir gred 41 dan bertaraf kontrak selama satu tahun dengan gaji sebanyak RM2,550.00. Jawatan ini masih memerlukan 3 kekosongan dan akan bertugas di Bahagian Fiskal dan Ekonomi di Perbendaharaan Malaysia. Bidang tugas meliputi penulisan laporan dan rencanaekonomi dan penyediaan slide.

SYARAT LANTIKAN: 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1) Graduan tempatan dan luar negara berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 

2) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam mana-mana bidang seperti berikut: 

a) Ekonomi; 
b) Perakaunan dan Kewangan;
c) Pentadbiran Perniagaan;
d) Ekonometrik; e) Matematik; atau 
f) Sains Aktuari. 2

3) Memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau yang setaraf dengannya.

 4) Cemerlang dari segi penulisan dan komunikasi Bahasa Melayu dan Inggeris. 

5) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Iklan Jawatan kosong ini dan cara memohon boleh la melayari laman sesawang Kementerian Kewangan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Jun 2015.

Pendaftaran Pusat Tahfiz Penyanyi Amy Search diiktiraf JAIS


Assalamualaikum..



amy
Permohonan Amy Search Diluluskan oleh JAIS

          Golongan artis seharusnya mencontohi sikap penyanyi kumpulan Search, Suhaimi  Abdul Rahman atau Amy kerana berjaya mendirikan dan mendaftarkan sebuah sekolah tahfiz, Sekolah Al-Quran dan Hadis Al-Bayan di Sungai Buloh.
Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dr. Mohd Kamal Radiman berkata, daripada seorang yang terkenal dalam bidang hiburan Amy menceburkan diri dalam bidang pendidikan agama.
Menurutnya, pujian patut diberikan kepada penyanyi berkenaan kerana berjaya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat umum.  
“Amy adalah artis kedua yang mohon mendirikan sekolah agama swasta selepas Azmil Mustapha, tetapi beliau menjadi artis pertama yang diluluskan permohonannya dan berjaya mendaftarkan sekolahnya,” katanya ketika sidang media Program Kebenaran Pendaftaran Pusat Tahfiz di Bangunan Jais, semalam.  
Mohd Kamal berkata, usaha penyanyi rock tersohor itu adalah satu inisiatif yang baik kerana beliau berjaya menambah jumlah sekolah dan pelajar tahfiz di negeri Selangor. 
“Semoga Amy mendapat sokongan daripada semua pihak, ibu bapa dan masyarakat. Teruskan usaha yang baik ini agar sekolah yang didirikan menjadi lebih besar dan meraih perhatian lebih ramai orang pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Amy berkata, beliau gembira kerana berjaya menubuhkan sebuah sekolah tahfiz yang diimpikan selama ini.
Menurutnya, sekolah tahfiz itu adalah satu daripada dua sumbangan penting yang mahu ditinggalkannya di dunia selain bakat nyanyian.
“Saya ini penyanyi dan saya mahukan sesuatu yang mampu memberi faedah pada orang ramai. Siapa tahu, peminat saya juga akan menghantar anak mereka di sekolah ini nanti,” katanya.
Sekolah Al-Quran dan Hadis Al-Bayan dibuka secara rasmi pada Disember tahun lalu dengan jumlah pelajar lelaki seramai 16 orang.
Sekolah yang terletak di Saujana Utama ini menekankan sepenuhnya pendidikan berteraskan agama yang bertujuan melahirkan hafiz berkualiti.
Menurut Amy, sekolah ini akan memainkan peranan sebagai taman ilmu yang bukan sahaja mengajar tetapi turut menyampaikan sahsiah dan pekerti yang mulia.
Semoga usaha dan niat murni penyanyi ini dipermudahkan oleh Allah. walau siapa pun kita jika kita melakukan sesuatu yang baik maka In sha Allah akan dipermudahkan Allah.


Tuesday, June 23, 2015

Buffet Ramadhan 2015



Assalamualaikum..

selamat tengah hari, dah masuk hari ke-6 kita semua berpuasa.  Pagi tadi ternampak iklan Bufet Ramadhan TH Hotel Alor Setar  di muka depan Berita Harian 23 Jun 2015. dekat sangat dengan office aku tu..hehehe..
Pihak TH Hotel menyediakan hidangan istimewa dari Timur Tengah iaitu Nasi Mandy dan juga BBQ Kibas selain menu hidangan masakan kampung. Kelainannya kita boleh nampak iaitu hidangan BBQ Kibas yang memang jarang kita temui di mana-mana Bufet Ramadhan. Encik suami cakap daging kibas sedap. Sepanjang Ramadhan ini juga TH Hotel menyediakan air zam-zam dan buah tamar untuk berbuka puasa. Manakala selepas berbuka kita boleh terus solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah di surau TH Hotel Alor Setar.
Lokasi TH Hotel Alor Setar adalah berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid.
Harga bufet berbuka puasa di TH Hotel Alor Setar ini ialah RM 68 nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak (4-12 tahun).  Pihak TH Hotel juga akan memberi diskaun menarik untuk pembeli baucer terawal. Tema promosi bufet Ramadhan di TH Hotel ialah Mari Berbuka Puasa Sambil Beramal kerana setiap RM1 yang dibayar akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim.Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Bufet Ramadhan di TH Hotel boleh menghubungi:

  • Tel : 04-7403666
  • eMel : sales.thas@thhotels.com.my
Jadi sesapa yang nak ras keenakan hidangan nasi mandy dan BBQ kibas ni boleh la cuba Bufer Ramadhan di TH Hotel Alor Setar.
Selain itu setiap petang TH Hotel Alor Setar juga menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.


Kepada sesiapa yang melalui Jalan ke Hutan Kampung, Kepala Batas atau Jitra boleh la singgah untuk mengambil bubur lambuk tu.



Monday, June 22, 2015

PETUA SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..



Nenek moyang kita dulu memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan dengan betul dan teratur ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.
1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
3. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin. Khas buat kawan-kawanku yang baru bersalin iaitu Kak Yan, Zar dan Anis amalkankanlah petua orang tua dulu-dulu memang berkesan lepas pantang sure korang dah kembali langsing dan berseri seperti zaman anak dara.hehehe..Tahniah dan Selamat berpantang di bulan Ramadhan ni sampai la ke bulan Syawal yang banyak godaan makanan yang sedap-sedap. Harap bersabar ye kawan-kawan pantang ni tak rugi pun. Bab-bab nasihat orang ni memang suka la aku sebab tak kena pada diri sendiri. Petua-petua di atas tu kira perkara utama la semasa berpantang dan banyak lagi petua-petua lain yangmesti  diamalkan terutama dalam pemakanan.. Terpulang pada diri sendiri la nak buat atau tidak, nak sihat dan cantik kena rajin berpantang. :)

Sunday, June 21, 2015

Talasemia

Assalamualaikum..

Selamat petang hari ni nak share sikit tentang penyakit Talasemia. Info ni aku ambik dari myhealth. laman info tentang kesihatan Kementerian Kesihatan sempena kempen dan juga pertandingan Webtoon tentang Penyakit Talasemia ni. Hadiahnya agak lumayan jugak. Pertandingan ini boleh disertai secara perseorangan ataupun berkumpulan. borang serta syarat dan terma boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.moh.gov.my, fb kementeriankesihatanmalaysia dan juga fb nak.sihat.9. Tarikh tutup penyertaan pada 12 Julai 2015.

Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Kadar Zakat Fitrah di Semua Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2015


Assalamualaikum..

Selamat pagi, hari ini dah masuk 4 Ramadhan teras cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik sedar-sedar nanti kita dah di penghujung Ramadhan. Satu lagi perkara yang diwajibkan ke atas umat islam dalam bulan Ramdhan ini tanpa  mengira umur dan di mana berada ialah menunaikan zakat fitrah.

Zakat fitrah adalah zakat badan yang diwajibkan ke atars semua orang islam tanpa mengira umur dan tempat di man mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan. Ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu. Lafaz Zakat Fitrah:
  • Lafaz untuk diri sendiri -Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
  • Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan - Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
  • Lafaz bagi pihak - Inilah wang bagi emnggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ............ pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Kadar Zakat Fitrah

Zakat fitrah lebih afdal dibayar dalam bentuk makanan utama sesebuah negara. Kadar yang diwajibakan bagi setiap orangialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/8 cupak Malaysia atau 3 1/4 liter atau 2.56 kg. Ia juga boleh dikeluarkan dalam bentuk mata wang yang menyamai jumlah kadar yang ditetapakan oleh Pejabat Zakat Negeri.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

1. Waktu harus : Awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan.
2. Waktu wajib : Terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
3. Waktu afdal : Selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum mendirikan solat hari raya.
4. Waktu Makruh : selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama.
5. Waktu haram : Selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran.


Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri di Seluruh Malaysia
Negeri
Kadar Zakat Fitrah
Kelantan
RM7.00
Terengganu
RM4.60, RM6.80 & RM7.40*
Pahang
RM7.00
Perlis
RM6.50
Kedah
RM7.00
Pulau Pinang
RM7.00
Perak
RM7.00
Selangor
RM7.00
Negeri Sembilan
RM6.50
Melaka
RM6.70
Johor
RM5.00 & RM8.00*
Sarawak
RM7.00
Sabah 
RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan
RM7.00

Friday, June 19, 2015

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum...
Selamat pagi semoga pagi jumaat yang mulia ini kita sama-sama panjangkan doa dan sedekahkan al-fatihah pada mereka yang telah pergi..amin..pada yang wajib pi solat jumaat tu jangan culas atau malas untuk pergi jangan beralasan letih sebab puasa.... Tak rugi kalu kita menambah amal ibadat kita malah banyak mendapat syafaat dariNya..
Seperti hadis di bawah...
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila hari Jumaat telah tiba, para malaikat berdiri di setiap pintu masjid, mencatat orang yang pertama-tama datang dan seterusnya. Apabila imam telah datang (naik mimbar), mereka (malaikat) tutup buku (catatan) mereka dan sesudah itu mereka pergi mendengarkan khutbah.
Perumpamaan orang yang datang pertama-tama, ialah (pahalanya) seperti orang yang bersedekah unta.
Kemudian orang yang datang sesudah itu seperti orang yang bersedekah lembu. Kemudian seperti orang yang bersedekah kibasy (kambing).
Kemudian seperti orang yang bersedekah ayam dan kemudian seperti orang yang bersedekah telur.”
(HR Sahih Muslim)
Jazzakumullaahu khoiron..
Selamat beramal..
Indahnya hidup ini..

Thursday, June 18, 2015

Fadilat Terawih dan Kelebihan

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat berpuasa semua.. Cuaca cerah dan agak panas pagi ni tetapi tak tahu la petang nanti camnekan.. Anak-anak aku dah merengek dahaga, sabar ye sayang mama, puasa ni memang kita kena tahan lapar dan dahaga sebab nak mendidik kita supaya sabar dan memahami erti kesusahan. Tengok negara-negara yang dilanda musibah dan perang mereka kadang-kadang berhari-hari xmakan kita ni cuma xmakan dan minum siang hari je..nanti Allah bg banyak pahala utk orang yang berpuasa ni.biasa la ayat memujuk lagipun first day puasa. Semalam juga kita dah mula solat terawih, satu lagi kelebihan bulan Ramadhan yang xde di bulan lain. Marilah sama-sama kita semua memenuhkan masjid untuk bersolat terawih kerana banyak fadilatnya lagipun cuma 30 malam je pasti nanti kita akan merindui bulan Ramadhan. Aku share skit kelebihan bersolat terawih moga dapat kita sama-sama menambah amal ibadat kita..

Malam 1
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: DIAMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA KEADAANNYA BARU DILAHIRKAN

Malam 2
DI AMPUNKAN DOSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERSOLAT TERAWIH SERTA DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPANYA

Malam 3
PARA MALAIKAT DI BAWAH ARASY MENYERU KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT SUPAYA MENERUSKAN SOLATNYA PADA MALAM-MALAM BERIKUTNYA, SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA

Malam 4
MEREKA MEMPEROLEHI PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIPEROLEHI OLEH ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN

Malam 5
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PAHALA ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DAN MASJID AL-AQSA

Malam 6
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PARA MALAIKAT –MALAIKAT YANG BERTAWAF DI BAITUL MAKMUR SERTA SETIAP BATU DAN TANAH BERDOA UNTUK KEAMPUNAN ORANG –ORANG YANG BERSOLAT MALAM TERSEBUT

Malam 7
SEOLAH-OLAH DIA DAPAT BERTEMU DENGAN NABI MUSA A.S SERTA MENOLONGNYA MENENTANG MUSUHNYA FIRAUN DAN HAMMAN

Malam 8
DIKURNIAKAN PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S

Malam 9
DIKURNIAKAN DAN DINAIKKAN MUTU IBADATNYA SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W

Malam 10
ALAH S.W.T MENGURNIAKAN KEPADANYA KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT

Malam 11
DIA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN

Malam 12
DIA AKAN DIBANGKITKAN PADA HARI KIAMAT DENGAN MUKA YANG BERCAHAYA

Malam 13
DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN AMAN DARI SEBARANG KEJAHATAN DAN KEBURUKAN

Malam 14
MALAIKAT-MALAIKAT AKAN DATANG MENYAKSIKAN MEREKA BERSOLAT TERAWIH SERTA ALLAH S.W.T TIDAK AKAN MENYESATKAN MEREKA

Malam 15
SEMUA MALAIKAT MEMIKUL ARASY DAN KURSI AKAN BERSELAWAT DAN MENDOAKAN SUPAYA ALLAH S.W.T MENGAMPUNKANNYA

Malam 16
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA DARI KALANGAN MEREKA YANG TERLEPAS DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA

Malam 17
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA PAHALA PADA MALAM INI SEBANYAK PAHALA NABI-NABI

Malam 18
MALAIKAT AKAN MENYERU : WAHAI HAMBA ALLA
H, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH REDHA DENGANMU DAN DENGAN KEDUA IBUBAPAMU (YG HIDUP/ TELAH MENINGGAL DUNIA)

Malam 19
ALLAH S.W.T AKAN MENINGGIKAN DARJATNYA DI DALAM SYURGA FIRDAUS

Malam 20
DIKURNIAKAN KEPADANYA PAHALA SEKELIAN ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SOLEH

Malam 21
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH MAHLIGAI DI DALAM SYURGA YANG DIPERBUAT DARI CAHAYA

Malam 22
IA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DI DALAM KEADAAAN AMAN DARI SEBARANG HURU-HARA PADA HARI TERSEBUT

Malam 23
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH BANDAR DI DALAM SYURGA DARIPADA CAHAYA

Malam 24
AKAN DIBUKAKAN PELUANG UNTUK BERIBADAH KEPADA MEREKA YANG SOLAT TERAWIH PADA MALAM INI SELAMA 25 TAHUN

Malam 25
ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT SEKSA KUBUR DARINYA

Malam 26
AKAN DIKURNIAKANN PAHALA 40 TAHUN IBADAH KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM INI

Malam 27
BAGI MEREKA YNG BERSOLAT PADA MALAM INI AKAN DIKURNIAKAN KEPADANYA KEMUDAHAN UNTUK MELINTASI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT

Malam 28
ALLAH S.W.T AKAN MENAIKKAN KEDUDUKANNYA 1000 DARJAT DI AKHIRAT

Malam 29
ALLAH S.W.T AKAN MENGURNIAKAN KEPADANYA PAHALA 1000 HAJI YANG MABRUR

Malam 30
DIBERI PENGHORMATAN PADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM TERAKHIR INI DENGAN FIRMANNYA YANG BERMAKSUD : WAHAI HAMBAKU! MAKANLAH SEGALA JENIS BUAH-BUAHAN YANG ENGKAU INGINI UNTUK DIMAKAN DI DALAM SYURGA DAN MANDILAH KAMU DI DALAM SUNGAI SYURGA YANG BERNAMA ‘SALSABIL’ SERTA MINUMLAH AIR DARI TELAGA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG BERNAMA ‘ AL-KAUTHAR’

Wednesday, June 17, 2015

Tips Untuk Didik Anak Berpuasa

Assalamualaikum..

Selamat tengah hari hari ni last la dapat makan di siang hari kerana esok kita akan mula berpuasa. Dari pagi tadi lagi di kawasan office aku ni la kedai-kedai makan begitu meriah dipenuhi orang ramai sampai kehabisan lauk pauk seawal jam 8.30 pagi memang agak luar biasa keadaannya. Awal pagi esok kita kan mula bangun untuk bersahur. Family aku ni memang wajib la bangun untuk bersahur kerana Encik suami memang kena makan nasi dan juga anak-anak aku pun memang berpuasa, jadi nak tak nak memang kena sediakan hidangan la paling kurang pun nasi gorang untuk mereka. Bak kata anak keduaku, " kalau Haziq xmakan nasi masa sahur nanti siang xde energy macam Ultraman." tu dia dia punye perumpamaan memang xbleh blah la kan.. Dah budak-budak jadi layankan je la. Alhamdulillah setakat ini mendidik anak-anak aku untuk berpuasa tidak la sesukar mana.

Bonus Hari Raya dan Kenaikan ETP Penjawat Awam

Assalamualaikum..

Selamat Pagi dan Salam Ramadhan bagi umat islam yang akan mula berpuasa esok. so, mesti korang dah siap sedia untuk persiapan menyambut Hari Raya nanti. Bagi ibu bapa tentulah persiapan untuk anak-anak yang didahulukan. 
Pagi ini berlangsung perhimpunan bersama penjawat awam dan khabar gembira untuk penjawat awam yang diwar-warkan dua tiga hari ni ternyata benar. Walau xde pengumuman kenaikan gaji untuk kami tapi syukur la kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 dan juga kadar baru terendah Imbuhan Tetap Perumahan dinaikan RM300 dari RM180 sebulan. Kenaikan kadar imbuhan itu bagaimanapun hanya melibatkan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja. Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu. Kadar baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2015. Bagi pesara pula mereka akan menerima Rm250 yang juga dibayar pada 25 jun 2015. Itulah sedikt inpipati perhimpunan Pm bersama penjawat awam selain peringatan untuk penjawat awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan dan juga cadangan untuk memberi penghargaan kepada Kementerian/Jabatan yang melakukan langkah penjimatan. Pengumuman itu dibuat di perhimpunan bersama penjawat awam, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang keempat belas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Apapun harapanku berita gembira mengenai kenaikan gaji PM akan umum semasa pembentangan bajet 2016 nanti...hehehe..Sekian berita terkini untuk pagi ini...semoga anda semua berpuas hati..

Najib to announce salary hikes for civil service this Wednesday?

Tuesday, June 16, 2015

Perjalanan Kehidupan Manusia


Assalamualaikum

Selamat pagi, Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas di hari ini. Tak lama lagi Ramadhan akan tiba di mana pada bulan ini banyak kelebihan untuk kita menambah dan memperbaiki amal ibadat kita. Semoga mendapat hidayah dan rahmat dariNya, Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Sedikit perkongsian untuk renungan.

Bacalah dengan jiwa dan hati yg lapang

💐💐💐💐💐💐💐💐💐

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh
(Alm Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2. Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.

3. Ketika di dlm kandungan
(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bagaimana)    
- amalan & masa hadapan ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4. Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5. Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8. Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis Nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11. Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14. Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)

"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..
waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sbg taman2 syurga.."

18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..

19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti..

Elok ingat tentang alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara sahaja...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal...

Monday, June 15, 2015

Keputusan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015

Assalamualaikum...

Selamat pagi, semoga pagi ni semua ceria dan bersemangat nak mulakan kerja seharian. Semalam berakhir la Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur  dari 9 hingga 14 jun 2015. Semua peserta ternyata hebat-hebat meremang juga la dengar bacaan para peserta yang terlibat. Pendapat aku sendiri la yang kurang arif ni aku suka dengar bacaan daripada Qariah dari Filipina yang juga Naib Johan bagi Kategori Qariah iaitu Rahima Panondiongan Amerol. Tetapi tu cuma nilaian aku la, para juri pasti lebih arif untuk menentukan pemenang. Wakil dari negara kita Malaysia mendapat tempat ketiga bagi kategori Qariah dan Naib Juara bagi kategori Qari. selain itu, bagi kategori hafazan wakil qariah Farihah Zulkifli kita berjaya mencuri perhatian juri mendapat markah tertinggi mengatasi wakil dari Mauritania dan Tunisia. Di bawah ni senarai penuh keputusan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat 

KATEGORI QARI

Juara - Mohsen Hassani Kargar (Iran) : 91.75%
Naib Juara - Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Malaysia) :  91.38%
Ketiga - Numan Makasugat Pimbayabaya (Filipina) : 90.97%
Keempat - Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki (Brunei)
Kelima - Brahim Medjahed (Algeria) 

KATEGORI QARIAH

Juara - Asrina Asril Buyong (Indonesia) : 91.55%
Naib Juara - Rahima Panondiongan Amerol (Filipina): 88.36%
Ketiga - Siti Husnaa Hassan (Malaysia) : 86.97%
Keempat - Siti Noor Dzuhairah Binti Awang Hj Damit (Brunei) 
Kelima - Sameeha Talohding (Thailand) 

Keputusan Hafazan Lelaki

1. Qatar
2. Kuwait
3. Tunisia

Keputusan Hafazan Wanita

1. Malaysia : Farihah Zulkifli 

2. Mauritania
3. Tunisia.


Juara bagi qari dan qariah 
Mereka masing-masing menerima hadiah jongkong emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan serta wang tunai RM40,000. Hadiah disampaikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.