Assalamualaikum..
Selamat pagi, hari ini dah masuk 4 Ramadhan teras cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik sedar-sedar nanti kita dah di penghujung Ramadhan. Satu lagi perkara yang diwajibkan ke atas umat islam dalam bulan Ramdhan ini tanpa mengira umur dan di mana berada ialah menunaikan zakat fitrah.
Zakat fitrah adalah zakat badan yang diwajibkan ke atars semua orang islam tanpa mengira umur dan tempat di man mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan. Ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu. Lafaz Zakat Fitrah:
- Lafaz untuk diri sendiri -Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
- Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan - Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
- Lafaz bagi pihak - Inilah wang bagi emnggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ............ pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Kadar Zakat Fitrah
Zakat fitrah lebih afdal dibayar dalam bentuk makanan utama sesebuah negara. Kadar yang diwajibakan bagi setiap orangialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/8 cupak Malaysia atau 3 1/4 liter atau 2.56 kg. Ia juga boleh dikeluarkan dalam bentuk mata wang yang menyamai jumlah kadar yang ditetapakan oleh Pejabat Zakat Negeri.
Waktu Membayar Zakat Fitrah
1. Waktu harus : Awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan.
2. Waktu wajib : Terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
3. Waktu afdal : Selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum mendirikan solat hari raya.
4. Waktu Makruh : selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama.
5. Waktu haram : Selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran.
Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri di Seluruh Malaysia
Negeri
|
Kadar Zakat Fitrah
|
Kelantan |
RM7.00
|
Terengganu |
RM4.60, RM6.80 & RM7.40*
|
Pahang |
RM7.00
|
Perlis |
RM6.50
|
Kedah |
RM7.00
|
Pulau Pinang |
RM7.00
|
Perak |
RM7.00
|
Selangor |
RM7.00
|
Negeri Sembilan |
RM6.50
|
Melaka |
RM6.70
|
Johor |
RM5.00 & RM8.00*
|
Sarawak |
RM7.00
|
Sabah |
RM7.00
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan |
RM7.00
|
No comments:
Post a Comment