SweetMuslimah.com

Tuesday, June 9, 2015

Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum..

Selamat malam dan selamat bersantai sementara menunggu mata memberat.. Now watching drama Isteri Separuh Masa, malam ni last episod. Drama bersiri yang ditayangkan di Astro Ria dan Ria hd ni pun adaptasi dari novel nukilan Suri Ryana penulis favorite aku juga ni..

Malam ni kita akan tengok kesudahan apa yang akan terjadi kepada Medina Izwani setelahditangkap dan dikurung oleh Zafril dan terbongkar juga rahsia siapa Zafril itu sebenarnya..Dia rupanya adik kepada Megat Shazril teman sekolah Medina dan mempunyai masalah mental akibat kematian abang dan juga kedua orang tuanya..Jadi motifnya Zafril nak membalas dendam pada Medina dan dalam masa yang sama jatuh cinta pada Medina..Nasib baik la hero sempat selamatkan heroin kan..kalu x lambat lagi la nak habis hehehe..Dalam novel pun ni kira bab-bab akhir dah. Bagi aku mana-mana drama adaptasi novel ni mmg xblh la nak ikut 100% jalan penceritaan dalam novel tetapi jika dah menyimpang jauh sangat xsyok juga kan..Bila kita dah baca novel of course la kita nak drama yang diadaptasi tu syok macam kita baca novel juga. Karl Shafik mmg berjaya bawa watak Zafril menjadi. Lakonan Emma dan Aiman pun nampak serasi macam juga  dalam drama bersiri Projek Memikat Suami satu masa dulu.. So far drama Isteri Separuh Masa ni okay la walau dalam 40% juga di ubah jalan cerita dan lokasi. Imaginasi dalam novel mesti la berbeza berbanding drama. Drama ni biasanya based on bajet la jugak nak bayar pelakon, sewaan dan macam-macam lagi. Kalau dalam novel pi mana pun xkisah la kan bukan kena keluar bajet apa cuma kena perah idea untuk jadikan sesebuah novel tu menarik. Menggantikan drama Isteri Separuh Masa ialah M.A.I.D tak sabar nak tengok citer ni sebab novel ni pun karya Suri Ryana. Nanti nak  juga follow drama Cik Bunga dan Encik Sombong lakonan Amar Baharin dan Amyra Rosli mulai 15 jun ni isnin-khamis jam 9.00 mlm. Tapi entah ke sempat ke tak nak follow semua drama tang disiarkan sebab masa tu pun dah masuk bulan Ramadhan jadi aktiviti pun berubah la jugak.Biasala mana- mana cerita nanti akan ada baik buruknya kita sebagai penonton harus pandai menilai dan segala yang xelok tu jadikan sempadan dan mana yang baik jadikan tauladan xmau la nanti kritik mengkritik, gaduh-gaduh di media sosial pasal benda-benda macam. Tengok drama pun jangan jadi obses pulak buruk padahnya terutamanya adik-adik remaja kat luar sana. Dah tamat kisah Medina Izwani dan Dr. Nazrin nanti saksikan pula kisah suka duka Nurul dan Mr F dalam Maid. Ok la dah panjang sangat kot celoteh ni mata pun dan nak terpejam lagipun esok kena keje babai gud nite..sweet dream ya..

Emma, Aiman & Zita
Sweet & Serasi

No comments:

Post a Comment