SweetMuslimah.com

Wednesday, June 10, 2015

Teknik Mudah & Murah Hilangkan Tekanan

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan tengahari entah kenapa dari semalam fikiran agak terganggu dan rasa macam stress tapi serius tak tahu kenapa?? Kepala memberat nak kata kerja banyak tak jugak, tapi mungkin jugak sebab kerja tak pernah nak habis. Nak mohon cuti dah pasti tak diluluskan kerana baru je lagi aku bercuti. Bila hati tak tenang, berserabut atau rasa tertekan, kita boleh mempraktikkan cara-cara di bawah walau mungkin tak sepenuhnya hilang tapi boleh la mengurangkan sedikit tekanan kita tu. Aku suka praktikkan cara nombor 1 dan 6. Sememangnya cara ke-6 tu betul-betul mujarab sebab hati kita memang akan tenang dengan membaca al-Quran dan kita akan rasa sentiasa yakin Allah bersama kita.

Tiada siapa yang mampu elak daripada tekanan hidup. Jika tidak banyak, mungkin sedikit dan pasti saja dari punca yang berbeza. Sebenarnya, tubuh kita telah dirancang untuk tenangkan diri sendiri setelah berhadapan dengan kejutan. Malah ada ketika kita tidak mampu untuk atasi tekanan hidup yang melampau.
Namun jangan bimbang, kerana ada banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan tekanan. Cuba anda guna beberapa cara ini, siapa tahu sangat berkesan...

1. Guna air hangat


Ini paling bajet dan senang, hanya guna air hangat. Dengan merendam salah satu bahagian tubuh ke dalam air hangat, sebenarnya sangat membantu menenangkan sistem parasimpatis.


2. Dengar muzik



Ada satu kajian menunjukkan bahawa kombinasi penyanyi dan getaran muzik mampu menyuntik kesan positif pada tekanan darah. Jadi, kenapa susahkan diri cari sesuatu yang boleh hilangkan tekanan, kalau dengan menyanyi pun anda boleh stabilkan emosi. Cari lagu yang paling anda suka dan menyanyilah sesuka hati mengikut muzik, bergembira bersama momen yang dilalui agar tekanan yang dirasai semakin berkurangan. Cukup senang, bukan?
  

3. Buat memek muka lucu



Sesekali, tidak salah kita bersikap sedikit kebudak-budakan, lebih-lebih lagi ketika stres. Jika tidak dikawal, ini boleh membuatkan kepala semakin sakit. Ya, selalunya orang akan mengerutkan kening dan mengecutkan bibir kerana menahan stres. Jadi, kali ini anda boleh ubah dengan lakukan sesuatu dengan wajah seperti membuat ekspresi wajah lucu atau ketawa sebesar-besarnya.

Owh, mungkin paling senang selfie dan tengok balik dengan apa yang ada diwajah anda. Kalau makin dilayan stres, makin banyak kedut wajah yang muncul. Silap-silap boleh muncul kedut baru yang tidak diundang. 

4. Buat catatan di kertas



Waktu kanak-kanak, jalan ini yang dipilih. Malah siap ada yang tulis surat bagai untuk nyatakan perasaan sedih atau tidak puas hati. Ada yang jarinya lebih kreatif, jadi anda boleh melepaskan sesuatu dengan conteng sesuatu di atas kertas. Yang mungkin tidak dapat dibaca oleh orang lain, tetapi cukup puas jika anda dapat lepas apa yang ada dalam jiwa.
Cara ini sangat efektif bagi mengurangkan paras tekanan sekali gus menjadikan anda lebih relaks. Siapa tahu, daripada tekanan emosi yang dilakar, nampak bakat seni pula yang boleh dijadikan punca rezeki. Mungkin terhasil sebuah puisi yang indah, ini kalau dari jiwa yang lebih haluslah.

5. Sentuh bibir


Rasa macam pelik tetapi sekali buat, pasti anda yakin dengan jalan mudah ini. Ketika stres, pastinya anda teringin makan sesuatu yang digemari. Percaya atau tidak, dengan menyentuh bibir berupaya menjadikan diri lebih tenang terutamanya ketika stres. Lagi menarik, cara ini dikatakan mampu menjadikan sistem saraf lebih tenang sekali gus mampu berfungsi dengan baik. 

 


6. Baca Al-Quran & Zikir



Untuk cara yang paling afdhal dan berkesan bagi orang Isalam, mulakan perjalanan harian anda dengan membaca Al-Quran dan zikir. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Anda juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran atau zikir di tempat kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Tidak semua cara di atas berkesan pada diri tetapi pasti ada salah satu cara yang mampu hilangkan tekanan emosi yang anda alami. Untuk lebih selamat, jangan memendam kerana makin disimpan makin mengundang perasaaan kacau. 

Sumber: Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment