Selamat petang semoga ceria-ceria sentiasa la hendaknya.. petang ni cuma nak share tentang iklan jawatan kosong di Perbendaharaan Malaysia. Jawatan sebagai Pegawai Tadbir gred 41 dan bertaraf kontrak selama satu tahun dengan gaji sebanyak RM2,550.00. Jawatan ini masih memerlukan 3 kekosongan dan akan bertugas di Bahagian Fiskal dan Ekonomi di Perbendaharaan Malaysia. Bidang tugas meliputi penulisan laporan dan rencanaekonomi dan penyediaan slide.
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1) Graduan tempatan dan luar negara berumur tidak melebihi 28 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan.
2) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya dalam mana-mana bidang seperti berikut:
a) Ekonomi;
b) Perakaunan dan Kewangan;
c) Pentadbiran Perniagaan;
d) Ekonometrik;
e) Matematik; atau
f) Sains Aktuari.
2
3) Memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau yang setaraf
dengannya.
4) Cemerlang dari segi penulisan dan komunikasi Bahasa Melayu dan
Inggeris.
5) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Iklan Jawatan kosong ini dan cara memohon boleh la melayari laman sesawang Kementerian Kewangan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Jun 2015.
No comments:
Post a Comment