SweetMuslimah.com

Sunday, June 7, 2015

Pokok Tin/Fig

Assalamualaikum...

Selamat pagi kali ni nak update sikit pasal pokok tin/fig. Sebenarnya nak update dari hari jumaat lagi tapi cuti minggu ni sibuk sikit dengan urusan keluarga xsempat la nak update apa-apa..Kalu sebelum ni aku biasa makan buah tin yang dikeringkan tapi masa cuti Raya Cina bulan Februari baru ni Encik Suami ajak pi Lunas, Kulim katanya nak ke rumah kawan. Mula macam malas nak pi tapi dia janji kalu selesai awal nak terus pi Penang terus semangat nak ikut jugak.hihihi...Dah perancangan otak seminit ni memang kelam kabut la pukul 11.00 pagi baru la nak iron baju nak mandi bagai jadi dalam pukul 12.00 tengah hari jugak la bertolak. Rupa-rupanya Encik Suami bawa kami ke rumah pengusaha pokok tin di Kedah ni. Kira memang banyak la pokok tin pelbagai jenis dia tanam. Kebetulan juga hari tu nak jadi rezeki kami sekeluarga, ada la pokok-pokok tin yang buahnya dah masak ranum, boleh la rasa buah tin yang segar. SubhanAllah memang sedap sangat dengan isi manis kemerahan ternyata buah tin yang fresh lagi sedap daripada yang dikeringkan. Pokok Tin yang selama ini hidup di tanah gersang dari Asia Barat dan Afrika boleh hidup segar di negara kita. Mungkin cuaca panas sepanjang tahu memberi kelebihan untuk pokok tin hidup di Malaysia, cuma kena aware la kalau hujan sebab pokok tin ni tak boleh terima air yang berlebihan.

  Buah Tin Yang Dah Masak

                                       
   Teruja Anak Aku Menikmatinya
                                                 
Selepas makn buah tin kami menjenguk la kebun En, Azhar walau tak sebesar kat Sg. Buloh tu tapi banyak juga la pokok tin yang beliau tanam..Kebanyakan pokok tin beliau tanam dalam pasu dan gelung konkrit. Manakala yang telah ditut beliau tanam dalam polybag. Encik Suami pun tekun mendengar penerangan macam mana nak tanam dan jaga pokok tin ni. Aku ni memang tak minta bab tanam menanam ni dengar pun sepintas lalu hehehe.. apa yang aku ingat  nak tanam pokok tin ni perlu:
  • Ditanam di tempat/kawasan yang boleh mendapat cahaya matahari.
  • Bekalan air secukupnya (bila siram jangan biarkan air bertakung dalam pasu/gelung konkrit)
  • Campuran tanah hitam dan pasir kasar. Sukatannya 30 % /70 %
  • Baja buah/ baja pokok. (En. Azhar jiga menggunakan baja organik (homemade) dan sekam padi.
Menurut En. Azhar harga pasaran buah tin ni diantara RM80-90 untuk satu kg. Tapi beliau tidak pula menjual buah cuma anak pokok/ranting yang ditut sahaja. Rupa-rupanyan Encik Suami dah lama buat research pasal pokok tin ni dengan bapa saudara aku. Bapa saudara aku dah mula tanam pokok ni dari tahun lepas lagi sekarang dah boleh makan buahnya. Hari tu Encik Suami ambil dua anak pokok tin yang berharga sekitar RM120- RM 150. Jenisnya aku xpasti la plak sebab tahu makan je kan..Yang frustnya dah beli anak pokok Encik suami terus ajak balik sebab takut rosak anak pokok tin yang baru dibeli tu musnah la harapan nak ke Penang huhuhu..

Alhamdulillah.. nak masuk 4 bulan tanam dengan penjagaan rapi sudah nak menampakkan hasil. Teruja aku tengok pokok tin Encik Suami dah mula bertunas. Tak sabar nak makan buah tin yang di tanam sendiri. Terima Kasih juga kepada En. Azhar yang tidak loket kongsi ilmu untuk penjagaan pokok tin ini. Ok la dah panjang sangat entri ni nanti dah masak dan sedia untuk di makan buah tin tu aku update lagi ye..
Dua anak pokok dah berpindah ke dalam pasu
Buahnya diantara cabang daun
Dari anak pokok sekarang dah bertunas
.

3 comments:

  1. assalamialaikum. nak bertanya, en masih mengusahakan tanaman buah tin ni lagi skarg?

    ReplyDelete
  2. Sy pembekal pokok tin
    0193528614 wan
    call sms wsapp
    penghantaran free

    ReplyDelete
  3. Sy pembekal pokok tin
    0193528614 wan
    call sms wsapp
    penghantaran free

    ReplyDelete