Assalamualaikum..
Selamat Pagi dan Salam Ramadhan bagi umat islam yang akan mula berpuasa esok. so, mesti korang dah siap sedia untuk persiapan menyambut Hari Raya nanti. Bagi ibu bapa tentulah persiapan untuk anak-anak yang didahulukan.
Pagi ini berlangsung perhimpunan bersama penjawat awam dan khabar gembira untuk penjawat awam yang diwar-warkan dua tiga hari ni ternyata benar. Walau xde pengumuman kenaikan gaji untuk kami tapi syukur la kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 dan juga kadar baru terendah Imbuhan Tetap Perumahan dinaikan RM300 dari RM180 sebulan. Kenaikan kadar imbuhan itu bagaimanapun hanya melibatkan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja. Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu. Kadar baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2015. Bagi pesara pula mereka akan menerima Rm250 yang juga dibayar pada 25 jun 2015. Itulah sedikt inpipati perhimpunan Pm bersama penjawat awam selain peringatan untuk penjawat awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan dan juga cadangan untuk memberi penghargaan kepada Kementerian/Jabatan yang melakukan langkah penjimatan. Pengumuman itu dibuat di perhimpunan bersama penjawat awam, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang keempat belas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Apapun harapanku berita gembira mengenai kenaikan gaji PM akan umum semasa pembentangan bajet 2016 nanti...hehehe..Sekian berita terkini untuk pagi ini...semoga anda semua berpuas hati..
Alhamdullilah...boleh la buat untuk perbelanjaan raya ni
ReplyDelete