SweetMuslimah.com

Monday, March 7, 2016

Setahun Berlalu.. Pokok Tin...

Assalamualaikum..
Lama sungguh aih rasa x update apa2 kat sini bukan apa busy je memanjang mmg xdan la nak kejar...ntah apa yg disibukkan sangat pun xtahu la..tahun baru azam pun baru azam lama pun diteruskan..:-) Duk tak duk dah setahun jugak en. Suami menanam pokok tin/fig ni...sempat juga la merasa dua tiga jenis buah tin yg dah masak..mmg sedap...nyum..nyum..sekarang pun dah pelbagai jenis pokok tin/fig yg en. Suami tanam... Masa pokok kecik/barang tut yg en. Suami beli rasa macam lambat je nak merasa tp bila dah membesar dan mula keluar tunas dan buah rasa teruja pulak..xsabar nk tgk buah tu masak. Walau cuaca sekarang xmenentu kebanyakkan mmg panas melampau tp Alhamdullillah.. berkat usaha en. Suami yg xjemu dan rajin tu pokok2 tin tu tetap subur.. Meh la belanja gambar skit...:-)
Paling banyak buahnya





Wednesday, December 30, 2015

Slot Akasia baru Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum.. 
Selamat tengah hari lama betul x update apa-apa kat sini maklum la bulan disember ni cuti sekolah memang busy sangat dengan kerja, kenduri dan macam-macam hal la...dah hampir ke penghujung tahun ni dan sesi persekolahan pun akan bermula minggu depan jadi memang sibuk tak habis-habis lagi la apalagi  anak kedua aku nak masuk Tahun Satu.. Alhamdulillah cuti awal tahun pun diluluskan..

Nak Update pasal daram bersiri baru slot Akasia petang iaitu Cinta Si Wedding Planner yang membariskan pelakon baru dan lama. Drama terbitan Primeworks Studio  ini dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah. Drama 28 Episod arahan Along Kamaluddin. Aku ada beli novel ni tapi tak sempat pun nak baca lagi hihihi..


Sinopsis:
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Walau terkadang Zara sering tertanya perasaan dihatinya itu benar-benar cinta atau hanya kasihkan Bazli sebagai seorang abang. Namun jodoh sememangnya bukan milik mereka. Satu hakikat yang selama ini dirahsiakan oleh Mak lang dan Pak Lang memudarkan rasa kasih di hati Zara.
Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir kereta telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Fariz Adryan (Fariz), bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. Kerana itu juga, Fariz selalu sahaja bersikap tegas dan ego apabila berdepan dengan Zara. Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Pertemuan di kampung halaman Zara secara kebetulan membuka ruang yang lebih untuk Fariz mengenali Zara.
Meski Fariz selalu mengejek dan menguji Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya. Mereka saling mengenali dan berkahwin. Karakter Fariz yang panas baran telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz. Sehinggalah, cinta pertama Fariz, Shirah muncul kembali dan menyebabkan rumahtangganya berantakan. Zara yang kecewa dengan perubahan sikat Fariz, menuntut cerai dan membawa diri ke bumi Auckland.
Apakah tindakan Fariz, dan adakah musnah rumah tangga mereka? Ikuti kesudahan drama lakonan Mira Filzah dan Adi Putra yang pasti mencuit hati anda dalam Cinta Si Wedding Planner.

Monday, November 30, 2015

Slot Baru Samarinda Aku Plih Kamu

Assalamualaikum...

Selamat pagi diam tak diam dah nak masuk bulan Disember pun esok.. Nak update sikit pasal drama yang akan menggantikan Dhia Sofea di slot Samarinda iaitu Aku Pilih Dia yang akan bermula 3 Disember 2015 ni. Sebelum ni ada juga filem dengan tajuk yang sama lakonan Intan Ladyana dan Fezrul Khan tapi jalan cerita yang berbeza cuma nama watak utama yang hampir sama Qasya dan Qeesya...Aku Pilih Dia menampilkan Dayana Roza dan Hafidz Roshdi sebagai teraju utama selain banyak lagi pelakon-pelakon popular lain seperti Fazreen Rafi, Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Sasqia, Zila Bakarin dan juga Arash Mohd. Drama arahan Zul Huzaimy Marzuki yang penuh konflik pasti menarik untuk ditonton.


Sinopsis:

Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.
Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.
Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.
Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.
Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.
Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.
Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.
Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.
Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? Saksikan “Aku Pilih Kamu” menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam bermula 3 Disember 2015.