Selamat tengah hari lama betul x update apa-apa kat sini maklum la bulan disember ni cuti sekolah memang busy sangat dengan kerja, kenduri dan macam-macam hal la...dah hampir ke penghujung tahun ni dan sesi persekolahan pun akan bermula minggu depan jadi memang sibuk tak habis-habis lagi la apalagi anak kedua aku nak masuk Tahun Satu.. Alhamdulillah cuti awal tahun pun diluluskan..
Nak Update pasal daram bersiri baru slot Akasia petang iaitu Cinta Si Wedding Planner yang membariskan pelakon baru dan lama. Drama terbitan Primeworks Studio ini dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah. Drama 28 Episod arahan Along Kamaluddin. Aku ada beli novel ni tapi tak sempat pun nak baca lagi hihihi..

Sinopsis:
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Walau terkadang Zara sering tertanya perasaan dihatinya itu benar-benar cinta atau hanya kasihkan Bazli sebagai seorang abang. Namun jodoh sememangnya bukan milik mereka. Satu hakikat yang selama ini dirahsiakan oleh Mak lang dan Pak Lang memudarkan rasa kasih di hati Zara.
Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir kereta telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Fariz Adryan (Fariz), bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. Kerana itu juga, Fariz selalu sahaja bersikap tegas dan ego apabila berdepan dengan Zara. Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Pertemuan di kampung halaman Zara secara kebetulan membuka ruang yang lebih untuk Fariz mengenali Zara.
Meski Fariz selalu mengejek dan menguji Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya. Mereka saling mengenali dan berkahwin. Karakter Fariz yang panas baran telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz. Sehinggalah, cinta pertama Fariz, Shirah muncul kembali dan menyebabkan rumahtangganya berantakan. Zara yang kecewa dengan perubahan sikat Fariz, menuntut cerai dan membawa diri ke bumi Auckland.
Apakah tindakan Fariz, dan adakah musnah rumah tangga mereka? Ikuti kesudahan drama lakonan Mira Filzah dan Adi Putra yang pasti mencuit hati anda dalam Cinta Si Wedding Planner.
No comments:
Post a Comment