SweetMuslimah.com

Monday, June 22, 2015

PETUA SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..



Nenek moyang kita dulu memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan dengan betul dan teratur ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.
1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
3. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin. Khas buat kawan-kawanku yang baru bersalin iaitu Kak Yan, Zar dan Anis amalkankanlah petua orang tua dulu-dulu memang berkesan lepas pantang sure korang dah kembali langsing dan berseri seperti zaman anak dara.hehehe..Tahniah dan Selamat berpantang di bulan Ramadhan ni sampai la ke bulan Syawal yang banyak godaan makanan yang sedap-sedap. Harap bersabar ye kawan-kawan pantang ni tak rugi pun. Bab-bab nasihat orang ni memang suka la aku sebab tak kena pada diri sendiri. Petua-petua di atas tu kira perkara utama la semasa berpantang dan banyak lagi petua-petua lain yangmesti  diamalkan terutama dalam pemakanan.. Terpulang pada diri sendiri la nak buat atau tidak, nak sihat dan cantik kena rajin berpantang. :)

No comments:

Post a Comment