
Assalamualaikum..
selamat tengah hari, dah masuk hari ke-6 kita semua berpuasa. Pagi tadi ternampak iklan Bufet Ramadhan TH Hotel Alor Setar di muka depan Berita Harian 23 Jun 2015. dekat sangat dengan office aku tu..hehehe..
Pihak TH Hotel menyediakan hidangan istimewa dari Timur Tengah iaitu Nasi Mandy dan juga BBQ Kibas selain menu hidangan masakan kampung. Kelainannya kita boleh nampak iaitu hidangan BBQ Kibas yang memang jarang kita temui di mana-mana Bufet Ramadhan. Encik suami cakap daging kibas sedap. Sepanjang Ramadhan ini juga TH Hotel menyediakan air zam-zam dan buah tamar untuk berbuka puasa. Manakala selepas berbuka kita boleh terus solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah di surau TH Hotel Alor Setar.
Lokasi TH Hotel Alor Setar adalah berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid.
Harga bufet berbuka puasa di TH Hotel Alor Setar ini ialah RM 68 nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Pihak TH Hotel juga akan memberi diskaun menarik untuk pembeli baucer terawal. Tema promosi bufet Ramadhan di TH Hotel ialah Mari Berbuka Puasa Sambil Beramal kerana setiap RM1 yang dibayar akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim.Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Bufet Ramadhan di TH Hotel boleh menghubungi:
- Tel : 04-7403666
- eMel : sales.thas@thhotels.com.my
Jadi sesapa yang nak ras keenakan hidangan nasi mandy dan BBQ kibas ni boleh la cuba Bufer Ramadhan di TH Hotel Alor Setar.
Selain itu setiap petang TH Hotel Alor Setar juga menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.


Kepada sesiapa yang melalui Jalan ke Hutan Kampung, Kepala Batas atau Jitra boleh la singgah untuk mengambil bubur lambuk tu.
No comments:
Post a Comment