Selamat tengah hari, ntah kenapa la hari ni keadaan di office nampak macam sibuk sangat bukan dengan client tapi dengan panggilan telefon yang bertubi-tubi masuk. Pening la staff-staff kat sini nak melayan panggilan yang bukan untuk berurusan dengan Jabatan ini tapi dengan Jabatan lain yang berada di Wisma persekutuan ini. Mungkin line telefon bermasalah atau opearator silap bagi nombor? Kebarangkalian tu rasanya masalah line/talian sebab semua panggilan ke Pejabat Tanah, Jabatan Kebajikan, Jabatan Penilaian masuk ke Jabatan kami. Ada la sesetengah yang marah dan berangin menyangka kami sengaja xmau layan tapi yang sebetulnya memang dah salah tempat diaorang telefon jadi macam mana nak tolongkan...Mungkin ini berlaku disebabkan oleh jenis talian yang digunakan oleh Jabatan kami dan juga Jabatan-Jabatan yang terlibat iaitu Centrex.
Cara Talian Centrex Berfungsi |
Centrex atau Centralise Exchange Services adalah satu produk telekomunikasi. Fungsi Centrex adalah sebagai satu alat penukaran berpusat bagi sesuatu urusan perniagaan dan ia juga merupakan sebagai talian telefon alternatif. Centrex merupakan perkhidmatan telefon untuk perniagaan yang memberi kemudahan ciri-ciri perhubungan cekap dan berguna. Pelanggan dapat berhubung secara langsung dengan setiap sambungan dan dengan itu dapat mengurangkan kesesakan talian di pejabat. Pelanggan tidak perlu membeli peralatan suis kerana perkhidmatan ini berfungsi sepenuhnya dari ibusawat telekomunikasi. Segala penyelenggaraan peralatan dan talian akan dilaksanakan oleh pembekal rangkaian telefon.
Panggilan akan terus kepada sambungan yang diingini tanpa perlu melalui operator. Di Bangunan ini mana-mana Jabatan yang menggunakan talian Centrex mempunyai nombor yang sama di hadapan contohnya 04-400 XXXX cuma empat angka di belakang sahaja yang berbeza antara Jabatan. Jadi apabila panggilan masuk diterima jika tersalah dial sambungan kita boleh terus sambungkan ke sambungan yang betul walaupun berlainan Jabatan. Tetapi apabila dah banyak sangat panggilan yang tersilap masuk ini mungkin kerana masalah pada sistem rangkaian kerana kesemua sambungan telefon akan dihubungkan terus ke ibusawat Telekom yang berdekatan.
Apapun pun diharap agar pihak Telekom akan mengambil tindakan segera mengenai masalah yang berlaku supaya kelancaran tugas di Jabatan-Jabatan yang terlibat dapat berjalan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment