Selamat tengah hari hari ni last la dapat makan di siang hari kerana esok kita akan mula berpuasa. Dari pagi tadi lagi di kawasan office aku ni la kedai-kedai makan begitu meriah dipenuhi orang ramai sampai kehabisan lauk pauk seawal jam 8.30 pagi memang agak luar biasa keadaannya. Awal pagi esok kita kan mula bangun untuk bersahur. Family aku ni memang wajib la bangun untuk bersahur kerana Encik suami memang kena makan nasi dan juga anak-anak aku pun memang berpuasa, jadi nak tak nak memang kena sediakan hidangan la paling kurang pun nasi gorang untuk mereka. Bak kata anak keduaku, " kalau Haziq xmakan nasi masa sahur nanti siang xde energy macam Ultraman." tu dia dia punye perumpamaan memang xbleh blah la kan.. Dah budak-budak jadi layankan je la. Alhamdulillah setakat ini mendidik anak-anak aku untuk berpuasa tidak la sesukar mana.
Anak sulung aku mula berpuasa sejak umur 6 tahun manakala yang kedua semasa berumur 5 tahun jadi tahun ni tahun kedua la Haziq berpuasa. Anak sulungku Alya memang mudah sangat sebab dia jenis yang memang payah nak makan, tapi bila dia berselera kalah jugak kita yang dewasa ni makan. First time puasa Alya memang teruja sebab masa tu dia di Tadika ramai kawan-kawan dia yang berpuasa dan cikgu banyak memberi motivasi dan penerangan tentang kebaikan berpuasa di bulan Ramdhan ni. Hari Pertama memang lembik juga aku sebagai ibu kesian tengok suruh la dia berbuka, ye la nak ajar tak leh la drastik sangat nanti lain plak jadinya. Jadi tahun pertama Alya berjaya puasa penuh dalam 20 hari dan tahun ke tahun Alhamdulillah. Anak keduaku Haziq ni jenis yang sukakan makanan jadi aku dan suami fikir mungkin susah nak ajar dia berpuasa. Tapi sebaliknya pula mungkin bila dah bersekolah ni cikgu banyak main peranan juga untuk didik Haziq berpuasa. Biasa la budak-budak ni cikgu depa je yang betul. Haziq ni pulak pantang dipuji jadi kami pun guna pendekatan itu la didik dia berpuasa puji pandai, gagah macam ultraman dan macam-macam lagi la. First day Haziq berpuasa memang teruk juga tapi suruh berbuka dia tak mahu sebab tengok kakak dia pun berpuasa. Selepas seminggu berpuasa dia dah mulai dapat sesuaikan diri dengan keadaan dan aktif macam biasa cuma waktu pi pasar ramdhan memang semua benda dia nak la. Tang tu memang jenuh jugak la nak memjuknya. Tahun pertama berpuasa Haziq tinggal 3 hari sebab tak tahan godaan kawan yang tak puasa hehehe. Dia cakap dah kawan bagi dia rasa, dia makan la. Aduhai anak mama ni. Di bawah ni aku share sedikit cara untuk ibu bapa pujuk anak-anak berpuasa, aku bersetuju la dengan artikel ni tak perlu nak bagi ganjaran/upah untuk pujuk anak berpuasa.
Mendidik dan memujuk anak-anak berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa. Namun, ia perlu juga mengikut faktor umur dan kesihatan anak-anak tersebut.
Ketua Pegawai Koperasi Kuis Cell Sdn. Bhd., Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Puziah Abdul Wahab berkata, ada kanak-kanak yang dengan sendiri mahu berpuasa tanpa disuruh dan ada antara mereka langsung tidak mahu walaupun disuruh berkali-kali.
Oleh yang demikian, inisiatif seperti menceritakan kelebihan-kelebihan bulan Ramadan dan pahala orang berpuasa sedikit sebanyak boleh digunakan dalam bentuk kiasan yang mudah untuk difahami.
"Contohnya, kaitkan hadis yang mengatakan 'akan dibuka segala pintu syurga ketika bulan puasa'.
"Dengan cara itu, mereka akan tertarik dan perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut tentang fadilat tersebut dapat menyuntik semangat mereka sedikit demi sedikit," katanya.
Begitupun katanya, ibu bapa tetap perlu bijak memainkan peranan dalam memikat anak-anak untuk berpuasa seperti dengan cara membawa mereka bersama-sama membeli juadah berbuka.
Cara ini mampu menarik minat mereka untuk terus berpuasa keesokan harinya.
"Kita boleh tanya sendiri menu apa yang mereka suka untuk berbuka dan ini akan membuatkan mereka seronok untuk berpuasa lagi," tambahnya.
Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya(UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md.Nor pula berkata, bagi memujuk anak-anak belajar berpuasa mula-mula ibu bapa perlu beritahu apa maksud puasa, ganjaran, pahala dan dosa.
"Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat gemarkan permainan dan menonton kartun. Oleh itu, galakkan mereka untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan Ipin yang banyak memberi teladan dan pengajaran," katanya.
Ketiga, ibu bapa harus diingatkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk berpuasa.
Oleh yang demikian, mereka boleh diajar berpuasa mengikut peringkat demi peringkat.
Sebagai contoh, berpuasa dua jam, lima jam dan seterusnya mampu berpuasa penuh.
Tambah Dr. Mariani lagi, ganjaran memberi duit sebagai hadiah apabila mereka berpuasa penuh harus cuba dielakkan kerana tidak ada istilah tawar-menawar antara anak-anak dan ibu bapa.
Katanya, ibu bapa harus memahami di mana anak-anak itu adalah tetap kanak-kanak yang harus dilentur secara perlahan-lahan.
Selain daripada itu, ibu bapa perlu mengelak anak-anak daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan mereka.
Tidak hairanlah jika ini menjadi salah satu faktor mereka untuk berbuka puasa awal daripada waktu yang sepatutnya.
Walau bagaimanapun, ibu bapa turut perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar mampu menangani kerenah anak-anak.
"Selain daripada memberi motivasi dan semangat, usaha untuk menarik perhatian mereka seperti membuat senarai menu kesukaan seperti nasi goreng, ayam goreng, hot dog dan sebagainya dapat menaikkan semangat anak.
"Didik anak-anak supaya mengurangkan menonton televisyen juga adalah salah satu cara mudah untuk menyuruh mereka berpuasa.
"Ini kerana di televisyen terdapat banyak iklan makanan yang mungkin akan menggugat iman si kecil," katanya.
Sumber: UTUSAN
No comments:
Post a Comment