SweetMuslimah.com

Monday, May 25, 2015

Simptom Kehamilan yang Tidak Boleh Diabaikan

Assalamualaikum..

        Selamat pagi walau sebenarnya dah nak masuk tengah hari dah pun hehehe..hari ni rasa mood nak share tip-tip mengenai simpton kehamilan yang tidak boleh para-para bakal ibi ambik mudah. saya pernah mengalami keadaan ini dan masih lagi keliru walau anak dah tiga orang kerana setiap kehamilan tidak sama. jadi kita jangan ambik mudah simptom-simptom yang mungkin akan membahayakan diri dan bayi di dalam kandunganDemam :- Jika suhu badan melebihi 39 darjah celcuis, segeralah berjumpa doktor. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu badab melebihi 39 darjah celcius bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi di dalam kandungan.
  • Gangguan Penglihatan :- jika anda mengalami penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam, sila berjumpa doktor. simptom-simptom ini adalah tanda-tanda pre-eklampsia.
  • Bengkak Tangan, Muka dan Mata :- Ramai ibu mengandungakan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dlam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tibadan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pre-eklampsia
  • Sakit Kepala Yang Teruk dan Berkekalan :- Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam bersama gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata, mungkin mempunyai pre-eklampsia
  • Pendarahan Vagina Ynag Sedikit atau Banyak :- Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh menunjukkan komplikasi yang serius: - Pendarahan yang berbeza daripada normal haid (lebih banyak atau sedikit dan berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen, boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.  
                    - Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen,             boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.
       
                    - Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta previa, koyakan             plasenta yang berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran                   pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37.)

  • Peningkatan Rasa Dahaga :-  Jika tiba-tiba dahaga tetapi kurang kencing, ini mungkintanda penyahidratan atau diabetes kehamilan. Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi.
  • Sakit Semasa Buang Air Kecil :- Sakit semasa buang air kecil diikuti dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran urin. Jumpalah doktor dan dan dapatkan rawatan dengan antibiotil.
  • Muntah Yang Teruk :- Muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi. anda perlu berjumpa doktor jika mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravium) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital. Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilandan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pre-eklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.Dalam kedua kes, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
  • Pengsan atau Pening :- Ini Mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna nda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, jumpalah doktor untuk memastikan tiada masalah.
  • Pergerakan Bayi Semakin Perlahan :- Tiada pergerakan atau pergerakan bayi perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan. Jika anda sedar bayi kurang bergerak dari biasa segeralah berjumpa doktor.
  • Kegatalan Seluruh Badan Pada Peringkat Akhir Kehamilan :- Simptom-simptom ini menunjukkan maslah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami juandis, dengan urin berwarna gelap dan najis yang pucat. Kegatalan adalah normal kerana kulit meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaa, terutamanya jika kegatalan teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

No comments:

Post a Comment