Cuti sekolah dah pun bermula jadi bagi yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga, rancanglah cuti dengan sebaiknya. Jadikan percutian anda kenangan manis untuk anda dan juga family. Bagi yang nak balik kampung tu selamat pulang ke kampung halaman. Cuti kali ni aku tak berpeluang balik la nampaknya. Sedih ni..huhuhu.. Cuti sekolah ni juga tentu anda semua banyak jemputan kenduri tak kira la kenduri kahwin, tunang, cukur jambul, akikah dan macam-macam kenduri la.. Hari ni pun ada kenduri di kampung officemate aku tapi maaf tak dapat nak pergi pertamanya jauh nun di Sik dan yang keduanya kena siapkan keje-keje penting sebelum aku mula bercuti plakkan.
Aku cuti pun xpi mana-mana cuma di rumah mentua ada kenduri la sikit, rumah mentua pun bukan jauh sebelah je ngan rumah aku hihihi sempena hari pertunangan adik ipar aku yang bongsu. Jadi dari mula cuti sekolah dah memang prepare untuk majlis ni la cuma aku tak la berkesempatan nak involve dengan persiapan kerana kekangan keje, ye la kat sini payah sikit nak cuti. Hari sabtu dah kena keje kan mak andam a.k.a adik ipar aku yang nombor tiga pun baru sampai tengah hari kemarin jugak. Balik dari Karnival kemarin rehat-rehat dulu malam tu baru la pi rumah mak mentua untuk bantu dan tengok mana-mana part yang boleh tolong dan tolong menyibuk jugak. Semalam kami buat mini pelamin untuk sarung cincin xupah kedai pengantin pun sebab dah ada 'mak andam' yang kreatif. Kami pakat mix n match je la apa yang mak andam wat balik dari KL. Hari ni mesti la depa lagi sibuk dah esok majlisnya harap semua berjalan lancar la aku nak tolong pun lepas balik nanti la. Dan aku juga harap aku sempat la siapkan keje penting sebelum cuti ni. Kalu sempat boleh la share mini pelamin yang kami adik beradik buat tuh..sebab esok tak tahu nak kalut kot mana..
Tapi bab makan minum mk mentua aku dah tempah catering jadi ringan la sikit kan..Yang seronoknya anak-anak aku la, seronok ingat mak su depa nak kahwin bukan nak bertunang..Tengok orang hantar khemah depa teruja lebih nak jemput kawan-kawan lagi alahai...Malam ni kami pulun la siapkan ap yang patut untuk majlis esok.Apapun doaku semoga majlis esok berjalan lancar dengan jayanya. Kepada adik iparku Selamat Bertunang...
Khemah pun awai lagi dah sampai sebab tu budak teruja sgt..
No comments:
Post a Comment