Petikan di bawah aku ambik dari FB seingat aku la..tapi tiap baris kata yang tertera cukup buat aku tahu bahawa memang sifat perempuan untuk rasa diri disayangi dan dihargai oleh seorang lelaki yang dicintainya. Sesungguhnya bukan mudah untuk jadi seorang yang kuat jiwanya disebalik hati yang mudah rapuh dek sikap ego si lelaki.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka
jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar
dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah
kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana
dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang
bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2
anda.
No comments:
Post a Comment