SweetMuslimah.com

Wednesday, May 27, 2015

Kerenah Manusia

Assalamualaikum..

         Pejam celik pejam celik dah nak abis dah bulan lima sekejap je masa dah berlalu, dah nak masuk pertengahan tahun dah pun. Ini kisah 2 hari lepas apabila aku bertugas di kaunter. Kiranya hari tu memamg kesabaran aku hampir runtuh dek melayan macam-macam perangai manusia yang berkunjung  ke office aku ni. Ku akui sebelum ni memang jarang aku hadapi macam-macam kerenah pelanggan ni cuma dengar cerita dan tumpang geram bila officemate aku bercerita. Bila terkena batang hidung sendiri haruslah aku akui memang penat nak layan jenis  "Customers always right" ni kan. Pagi lagi dah terpaksa hadap customer yang cerewet dan banyak cakap memang menguji betul sabar aku yang dah memang senipis kulit bawang ni. Perlu ke datang untuk dapatkan perkhidmatan tapi pilih bulu untuk jumpa pegawai yang paling kanan untuk berurusan jika boleh jumpa Bos terus. Bila dijelaskan semua yang dia nak jumpa tak ada terhegeh-hegeh pula nak submit dokumen pada aku, jadi aku menolak sebab aku bukan la berjawatan dan berpangkat tinggi cuma seorang kerani di kaunter je. Padan la kan dengan ego dia tu jadi dia balik dan submit la dokumen tu bila dah ada pegawai. hehehe... Kisah kedua pulak seorang makcik di tolak atas kerusi roda oleh cucu saudara dia, aku tengok pun jatuh kesian, tapi mengenagkan lancang mulut dia tu aku rasa aku harus kesian diri aku terlebih dahulu. Sehabis baik aku melayan sopan pertama sebab dia orang tua dan yang keduanya sebab kesian tapi apa yang dibalas cukup buat aku geram dan sakit hati kita dah cakap elok-elok bagi cadangan untuk memudahkan dia tapi dia boleh perlekehkan cadangan yang kita beri konon lagi menyusahkan dia yang berkerusi roda tu. kalau aku ni tak faham dan tak kesiankan dia tak de la aku beria-ia bagi dua tiga cadangan dah memang tidak boleh selesai dengan sekali datang. Oh memang hilang sabar betul. Sampai la tengah hari boleh kata semua customer yang datang perangai memang menyakitkan hati je.



       Apabila aku ingat kembali aku jadi terfikir kenapa la ada manusia yang pentingkan diri sendiri padahal dia nak minta tolong dengan kita. tidak ada ke sedikit rasa rendah diri dan hormat perasaan insan lain? Jika kita dilayan dengan kasar mungkin kita layak marah tapi jika kita dilayan baik layak ke kita nak marah-marah, tunjuk ego kita, tak hormat perasaan orang dan perlekehkan orang yang dah cuba nak tolong kita. Setiap insan ada sensitiviti masing-masing jika kita tahu marah begitu juga orang lain. Tak boleh ke kita hormat dan bagi kerjasama agar tidak ada pihak yang terguris walau dalam kita tidak sedar. Mungkin juga perkara yang terjadi iu tidak dapat dielakkan. Mungkin kita ke sesuatu tempat untuk minta tolong atau sebagai rujukan berkenaan masalah kita, tapi jika kita dalam masalah atau tertekan mesti ke kita tambahkan lagi masalah lain kepada orang yang mungkin boleh tolong kita untuk selesaikan masalah kita. Entah la aku sendiri tak dapat nak cari jawapan kepada persoalan ini. Akhirnya aku positivekan minda dengan anggapan mungkin dek kerana tekanan mereka ini hilang kawalan untuk bermanis mulut dan menjaga perasaan orang lain.Mungin ini la nasib kami yang bekerja dengan orang ramai. Minta dikuatkan semangat dan ditebalkan kesabaran untuk menghadapi ragam manusia.

No comments:

Post a Comment