Dalam kehidupan kita tak terlepas daripada mengalami situasi kehilangan. Ia datang dalam pelbagai bentuk untuk menguji kita sebagai insan yang kerdil di sisiNya. Betapa perit untuk menghadapi namun ketabahan dan kesabaran menjadi pegangan untuk terus redha dengan setiap ujian yang datang. Allah tidak akan menguji di luar kemapuan setiap hambaNya kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kehilangan insan tersayang memberi impak yang besar dalam diri kita, bila mereka sentiasa di sisi, bermanja, mencurah perasaan namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Sedih, pilu namun sebagai manusia biasa kita redha kerana semua yang hidup pasti akan mati. Kita yang masih hidup harus meneruskan hidup dan sentisa berdoa, sedekah ayat-ayat suci Al-Quran untuk mereka yang telah tiada tanda ingatan dan kasih sayang kita kepadanya. Perancangan manusia hebat tetapi perancangan Allah lebih hebat. Kita kadang merasa diri hebat bila berjaya namun jangan sesekali lupa dan alpa bahawa setiap apa yang kita perolehi semuanya dari Allah. Ujian datang bertimpa-timpa bukan tanda Allah tidak sayang pada kita tapi mengajar kita erti kesabaran. Dua perkara yang hilang serentak dalam hidupku, insan tersayang yang telah menjaga aku sedari kecil ,atukku moga dikau tenang di sana dan juga harapanku besar agar apa yang hilang setelah dua bulan lebih ini akan dijumpai atau dipulangkan. Amin..
No comments:
Post a Comment