SweetMuslimah.com

Sunday, May 31, 2015

Cuti

Assalamualaikum..

       Cuti sekolah dah pun bermula jadi bagi yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga, rancanglah cuti dengan sebaiknya. Jadikan percutian anda kenangan manis untuk anda dan juga family. Bagi yang nak balik kampung tu selamat pulang ke kampung halaman. Cuti kali ni aku tak berpeluang balik la nampaknya. Sedih ni..huhuhu.. Cuti sekolah ni juga tentu anda semua banyak jemputan kenduri tak kira la kenduri kahwin, tunang, cukur jambul, akikah dan macam-macam kenduri la.. Hari ni pun ada kenduri di kampung officemate aku tapi maaf tak dapat nak pergi pertamanya jauh nun di Sik dan yang keduanya kena siapkan keje-keje penting sebelum aku mula bercuti plakkan.

        Aku cuti pun xpi mana-mana cuma di rumah mentua ada kenduri la sikit, rumah mentua pun bukan jauh sebelah je ngan rumah aku hihihi sempena hari pertunangan adik ipar aku yang bongsu. Jadi dari mula cuti sekolah dah memang prepare untuk majlis ni la cuma aku tak la berkesempatan nak involve dengan persiapan kerana kekangan keje, ye la kat sini payah sikit nak cuti. Hari sabtu dah kena keje kan mak andam a.k.a adik ipar aku yang nombor tiga pun baru sampai tengah hari kemarin jugak. Balik dari Karnival kemarin rehat-rehat dulu malam tu baru la pi rumah mak mentua untuk bantu dan tengok mana-mana part yang boleh tolong dan tolong menyibuk jugak. Semalam kami buat mini pelamin untuk sarung cincin xupah kedai pengantin pun sebab dah ada 'mak andam' yang kreatif. Kami pakat mix n match je la apa yang mak andam wat balik dari KL. Hari ni mesti la depa lagi sibuk dah esok majlisnya harap semua berjalan lancar la aku nak tolong pun lepas balik nanti la. Dan aku juga harap aku sempat la siapkan keje penting sebelum cuti ni. Kalu sempat boleh la share mini pelamin yang kami adik beradik buat tuh..sebab esok tak tahu nak kalut  kot mana..

      Tapi bab makan minum mk mentua aku dah tempah catering jadi ringan la sikit kan..Yang seronoknya anak-anak aku la, seronok ingat mak su depa nak kahwin bukan nak bertunang..Tengok orang hantar khemah depa teruja lebih nak jemput kawan-kawan lagi alahai...Malam ni kami pulun la siapkan ap yang patut untuk majlis esok.Apapun doaku semoga majlis esok berjalan lancar dengan jayanya. Kepada adik iparku Selamat Bertunang...


Khemah pun awai lagi dah sampai sebab tu budak teruja sgt..

Saturday, May 30, 2015

Karnival Hari Penyayang

Hari sabtu minggu ni kena kerja tapi tak office la kena jaga booth jabatan di Karnival Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah. Awal pagi lagi dah sampai tapi jalan sesak sbb ada acara larian.. Dan sekarang duk terpacak kat booth ni mmg betul jaga la hahaha..sesapa yang free dan duk area kedah terutamanya Alor Setar nak bawak anak jalan- jalan silalah mai Stadium Darul Aman macam-macam aktiviti ada.. Syok tapi panas..huhuhu..

Ni la booth kami..

Friday, May 29, 2015

Taddabur Kalamullah

Assalamualaikum..

Hari Jumaat penghulu segala hari jadi nak share sikit tazkirah untuk renungan kita..moga dapat manafaat darinya..

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

[Surah Al-Jumuah 10]

#Ayat ini secara tak langsung mengingatkan bahawa dlm kesibukan kita beribadah, usaha mencari rezeki usah dilupakan. Allah swt menyebut harta sbg 'limpah kurnia Allah'

#Ayat ini sekaligus membantah sangkaan bahawa ibadah dan harta tdk blh bersatu. Sebenarnya harta dan agama saling melengkapi. Kedua2nya sgt penting dlm hidup seorang muslim

#Memiliki harta tanpa agama akan menjerumuskan ke neraka. Krn org tersebut akan hanyut dlm aktiviti yg membinasakan diri dan imannya

#Sebaliknya, agama tanpa harta akan menutup byk peluang ibadah. Tanpa harta, seseorang tdk akan dpt pahala wakaf yg terus mengalir. Tanpa harta, seseorang tdk dpt melaksanakan haji dan umrah. Menuntut ilmu jg memerlukan kos yg tdk sedikit.

#Amru b. al-As bercerita:

"Suatu hari Rasulullah saw memanggilku kpdnya. Apabila aku dtg, Baginda memerintahkanku utk bpakaian dan bsenjata. Lalu aku pun menurut perintah tsebut. Aku dtg kpd Baginda yg sdg bwudhuk. Baginda memandangku lalu menundukkan kepalanya. Baginda bsabda: Aku ingin mengutusmu dlm satu pasukan. Allah akan memberimu harta rampasan dan keselamatan. Engkau akan mdptkan harta yg bpatutan. Amru bkata: Wahai Rasulullah, aku masuk Islam bkn krn inginkan harta. Aku masuk Islam krn cintakan Islam dan ingin bsama Rasulullah. Rasulullah bsabda: "Wahai Amru, SUNGGUH INDAH HARTA YG BAIK  APABILA BERADA DI TANGAN ORG YG BAIK" (Riwayat Ahmad)

#Kisah harta di tangan org baik:

-Ibnu Mubarak seorang ulama' Tabiin  yg alim, zuhud dan kaya raya. Beliau jg seorang usahawan yg bjaya lagi dermawan apabila dirakamkan dlm sejarah bahawa setiap tahun beliau membelanjakan 100 ribu dirham kpd fakir miskin serta membiayai para ulama pd waktu itu spt Sufyan at-Thauri, Sufyan bin Uyainah, Fudhail b Iyadh, Ibnu Sammak dan Ibn Ulayyah

#Ilmu agama mesti menjadi panduan dlm pengurusan harta, dgn begitu harta tersebut akan membawa kita ke syurga

♡Ingatlah!! Yg halal akan dihisab, yg haram akan diazab♡

~JOM BELI SYURGA DGN HARTA~

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Thursday, May 28, 2015

Ingat Mengingati..Kelebihan Astaghfirullah..

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


Kelebihan beramal atau berzikir dengan Astaghfirullah.
Lafaz lengkap zikir ini adalah :
Astaghfirullah-hal-‘azim, allazi-la-ila-ha-illa-huwal-hayyul-qay-yumu, wa-atubu-i-laih (rujuk al-Ma’thurat).
Yang bermaksud : ‘Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’
Antara kelebihan zikir ini, ialah kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita tidak jangka.
Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.”
(HR: Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)
Beramal dengan Astaghfirullah.. juga, hati akan menjadi tenang, tidak resah gelisah, tidak keluh kesah, tidak putus asa, awet muda, positif thinking dan banyak lagi.
Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud: “Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Ar-Rad, 8)
Ini bermakna, jika kita rajin berzikir, terutamanya dengan Astaghfirullah.., maka kita akan memperoleh ketenangan dan ketenteraman di dalam hati kita.
Sesungguhnya, nikmat hati yang tenang, tenteram, gembira walaupun sedang berhadapan dengan kesukaran hidup, adalah suatu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Suatu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan.
Begitu ramai manusia yang hidup serba mewah, tetapi hati-hati mereka resah gelisah? Tidur mereka tidak lena dan jiwa mereka tidak tenteram.
Ketenangan adalah milik Allah SWT yang hakiki dan diberi pinjam kepada kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, perbanyakkanlah berzikir dengan Astaghfirullah…, semoga Allah SWT memberi pinjam kepada kita ketenangan jiwa itu.
Selain itu, Allah SWT juga  mengingatkan kita dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud : “Dan Allah tidak akan menyiksa mereka sedang mereka beristighfar.”
(Al-Anfaal, 33)
Ini bermaksud, Allah SWT tidak akan menyiksa orang-orang yang beramal dengan istighfar. Dalam erti kata lain, Allah SWT akan mengampunkan dosa orang-orang yang banyak berzikir dengan Astaghfirullah.. Insya-Allah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ bersabda : “Barang siapa mengucapkan istighfar ini pada hari itu dengan penuh keyakinan dan mati sebelum petang, maka dia termasuk menjadi ahli syurga. Dan apabila dia mengucapkannya pada waktu malam, dengan keyakinan yang teguh dan mati pada waktu pagi, maka dia termasuk juga di kalangan ahli syurga.”
(HR Bukhari)
Induk istighfar itu adalah mengucapkan;

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
"Allahumma anta robbii laa ilaaha illaa anta, kholaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fainnahuu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta"

“Ya Allah. Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu dan aku dalam jaminan dan janji-Mu menurut kemampuanku, aku mengakui kepada-Mu atas kenikmatan-Mu padaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau, aku berlindung kepada-Mu  dari kejahatan perbuatanku.”
(HR. Bukhari no. 6306)
والله أعلم بالصواب
Sekian, selamat beramal.


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Wednesday, May 27, 2015

Ketam Masak Lemak

Ketam Masak Lemak



BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai | diketuk
  • 250ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
 
 
BAHAN TUMBUK:

  • 6 tangkai cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
 
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.
2. Kemudian masukkan serai dan santan. Kacau rata.
3. Setelah santan mendidih, masukkan sedikit air dan ketam.
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, asam gelugor dan perasakan secukupnya. Biarkan seketika sehingga ketam masak sempurna.
5. Sedia dihidangkan.

Kerenah Manusia

Assalamualaikum..

         Pejam celik pejam celik dah nak abis dah bulan lima sekejap je masa dah berlalu, dah nak masuk pertengahan tahun dah pun. Ini kisah 2 hari lepas apabila aku bertugas di kaunter. Kiranya hari tu memamg kesabaran aku hampir runtuh dek melayan macam-macam perangai manusia yang berkunjung  ke office aku ni. Ku akui sebelum ni memang jarang aku hadapi macam-macam kerenah pelanggan ni cuma dengar cerita dan tumpang geram bila officemate aku bercerita. Bila terkena batang hidung sendiri haruslah aku akui memang penat nak layan jenis  "Customers always right" ni kan. Pagi lagi dah terpaksa hadap customer yang cerewet dan banyak cakap memang menguji betul sabar aku yang dah memang senipis kulit bawang ni. Perlu ke datang untuk dapatkan perkhidmatan tapi pilih bulu untuk jumpa pegawai yang paling kanan untuk berurusan jika boleh jumpa Bos terus. Bila dijelaskan semua yang dia nak jumpa tak ada terhegeh-hegeh pula nak submit dokumen pada aku, jadi aku menolak sebab aku bukan la berjawatan dan berpangkat tinggi cuma seorang kerani di kaunter je. Padan la kan dengan ego dia tu jadi dia balik dan submit la dokumen tu bila dah ada pegawai. hehehe... Kisah kedua pulak seorang makcik di tolak atas kerusi roda oleh cucu saudara dia, aku tengok pun jatuh kesian, tapi mengenagkan lancang mulut dia tu aku rasa aku harus kesian diri aku terlebih dahulu. Sehabis baik aku melayan sopan pertama sebab dia orang tua dan yang keduanya sebab kesian tapi apa yang dibalas cukup buat aku geram dan sakit hati kita dah cakap elok-elok bagi cadangan untuk memudahkan dia tapi dia boleh perlekehkan cadangan yang kita beri konon lagi menyusahkan dia yang berkerusi roda tu. kalau aku ni tak faham dan tak kesiankan dia tak de la aku beria-ia bagi dua tiga cadangan dah memang tidak boleh selesai dengan sekali datang. Oh memang hilang sabar betul. Sampai la tengah hari boleh kata semua customer yang datang perangai memang menyakitkan hati je.

Tuesday, May 26, 2015

Anak Permata Hati

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Monday, May 25, 2015

Novel Dia..Isteri Luar Biasa


Image result for dia isteri luar biasa
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
Image result for dia isteri luar biasa
Akhirnya novel ni pun diadaptasi ke drama bersiri. Novel ni pada pendapat aku best dan aku harap dramanya pun best la kan..tengok barisan pelakon memang kebanyakan nama besar dan pelakon yang berbakat semua. Minggu ni dah masuk minggu kedua drama bersiri ini ke udara dan setakat ini memang okey la. Jom sama-sama saksikan kesudahan drama ni setiap isnin-khamis jam 6.55 ptg. 

Simptom Kehamilan yang Tidak Boleh Diabaikan

Assalamualaikum..

        Selamat pagi walau sebenarnya dah nak masuk tengah hari dah pun hehehe..hari ni rasa mood nak share tip-tip mengenai simpton kehamilan yang tidak boleh para-para bakal ibi ambik mudah. saya pernah mengalami keadaan ini dan masih lagi keliru walau anak dah tiga orang kerana setiap kehamilan tidak sama. jadi kita jangan ambik mudah simptom-simptom yang mungkin akan membahayakan diri dan bayi di dalam kandunganDemam :- Jika suhu badan melebihi 39 darjah celcuis, segeralah berjumpa doktor. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor akan memberikan antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu badab melebihi 39 darjah celcius bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi di dalam kandungan.
  • Gangguan Penglihatan :- jika anda mengalami penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam, sila berjumpa doktor. simptom-simptom ini adalah tanda-tanda pre-eklampsia.
  • Bengkak Tangan, Muka dan Mata :- Ramai ibu mengandungakan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dlam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tibadan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pre-eklampsia
  • Sakit Kepala Yang Teruk dan Berkekalan :- Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam bersama gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata, mungkin mempunyai pre-eklampsia
  • Pendarahan Vagina Ynag Sedikit atau Banyak :- Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh menunjukkan komplikasi yang serius: - Pendarahan yang berbeza daripada normal haid (lebih banyak atau sedikit dan berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen, boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.  
                    - Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen,             boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.
       
                    - Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta previa, koyakan             plasenta yang berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran                   pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37.)

Sunday, May 24, 2015

Motivasiku...

    Image result for kata-kata motivasi

Tuhan takkan pernah membiarkan dirimu terluka, Dia hanya ingin kamu belajar dari segala masalah. Percayalah padaNya. Tabahlah menerima ujian dariNya. Jika kita merasa kita hebat diuji percayalah di luar sana masih ramai lagi yang lagi hebat ujian dan dugaan. Sesungguhnya Allah sayang pada setiap hambaNya. mungkin bentuk dugaan yang diturunkan untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita juga untuk mengajar kita erti keredhaan dengan setiap apa yang berlaku.

Friday, May 22, 2015

Tersurat dan Tersirat


Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang 2 biji buah epal.
Ibunya menghampiri dan meminta: "Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"
Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu, lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi. Ibu tersebut hanya dapat tersenyum melihat gelagat anaknya walau pun jauh disudut hatinya ada perasaan keciwa.
Tidak lama selepas itu, kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sampai berkata: "Nah...ibu ambil yang ini ya...kerana yang ini lebih manis!"

Tidak kira siapa anda, berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada, jangan terus membuat keputusan.. menjatuhkan hukum. Yang tersirat kita tak tahu. Apa yang kamu lihat tak semesti apa yang kamu sangka.

Betul memang kebanyakan orang mudah menjatuhkan hukuman dan keputusan tanpa memikirkan apa sebenarnya maksud tersirat..

Thursday, May 21, 2015

Tafsiran Berbeza

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt.
TAFSIRAN berbeza
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 

Wednesday, May 20, 2015

Tanda-tanda sakit di badan

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerjae) Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Tuesday, May 19, 2015

Mengelakkan Dari Di Panah Petir

10 langkah elak dipanah petir
Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

Dah Masuk Syaaban..

        Pejam celik pejam celik dah masuk Syaaban pun hari ni bermakna lebih kurang sebulan lagi kita umat Islam akan berpuasa syahdu bila kita betul-betul menikmati dan menghayati bulan Ramadhan. Bulan yang banyak mengajar erti kesabaran untuk melawan nafsu dari segala segi seperti sikap, wang ringgit.Bulan Ramdhan juga kita boleh menggandakan amal ibat dengan Solat Terawih. Berbalik pada bulan Syaaban, kiranya inilah masa-masa kecemasan untuk mereka-mereka yang belum lagi mengqada' puasa tahun lepas hehehe. Sabda Nabi SAW : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu kepadaNya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
      
        Antara Fadhilat bulan Syaaban:

Barang siapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah, Yusuf a.s di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah, Ayub a.s dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barang siapa berpuasa pada awal hari khamis bulan Syaaban dan akhir khamis  daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. 
(dari kitab Al-Barakah)

Jadi marilah kita sama-sama renung-renugkan dan selamat beramal di bulan Syaaban dan juga bulan-bulan yang lain...:)

Monday, May 18, 2015

Resepi Jeruk Pelam Pedas

Tetiba rasa nk share resepi jeruk pelam pedas ni sebab mudah je nak sediakannya..
Bahan:
Buah pelam pauh/pelam telur (org kdh panggil)
Cili kering/cili giling nk pedas blh raruh lbh skit (saya ltak 2 sudu besar)
2 ketul Gula melaka
Gula- secukup rasa (tambah rasa manis gula melaka td)
Garam secukup rasa..
Caranya:
1. Pelam dikupas dan dipotong ikut citarasa anda la kan..
2. Basuh dan rendam buah tadi bersama  garam (garam tu agak2 la tkt termasin plak) selama 1-2 hari atau bila dah kurang skit rasa masam buah pelam tu.
3. Untuk kuah pedas tu masak gula melaka, cili giling, gula dan sedikit air dalam periuk.
4. Bila dah masak agak2 xla terlalu pekat dan xterlalu cair, kalu pekat tambah air biarkan kuah pedas tu sejuk.
5. Bila kuah pedas dah sejuk campurkan dengan buah pelam yg telah direndam td (buah tu lepas rendam basuh dan toskan) dan simpan dalam peti sejuk semalaman untuk rasa yg lebih enak dan sedap.

Sunday, May 17, 2015

Kehilangan..

          Dalam kehidupan kita tak terlepas daripada mengalami situasi kehilangan. Ia datang dalam pelbagai bentuk untuk menguji kita sebagai insan yang kerdil di sisiNya. Betapa perit untuk menghadapi namun ketabahan dan kesabaran menjadi pegangan untuk terus redha dengan setiap ujian yang datang. Allah tidak akan menguji di luar kemapuan setiap hambaNya kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kehilangan insan tersayang memberi impak yang besar dalam diri kita, bila mereka sentiasa di sisi, bermanja, mencurah perasaan namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Sedih, pilu namun sebagai manusia biasa kita redha kerana semua yang hidup pasti akan mati. Kita yang masih hidup harus meneruskan hidup dan sentisa berdoa, sedekah ayat-ayat suci Al-Quran untuk mereka yang telah tiada tanda ingatan dan kasih sayang kita kepadanya. Perancangan manusia hebat tetapi perancangan Allah lebih hebat. Kita kadang merasa diri hebat bila berjaya namun jangan sesekali lupa dan alpa bahawa setiap apa yang kita perolehi semuanya dari Allah. Ujian datang bertimpa-timpa bukan tanda Allah tidak sayang pada kita tapi mengajar kita erti kesabaran. Dua perkara yang hilang serentak dalam hidupku, insan tersayang yang telah menjaga aku sedari kecil ,atukku moga dikau tenang di sana dan juga harapanku besar agar apa yang hilang setelah dua bulan lebih ini akan dijumpai atau dipulangkan. Amin.. 

Wednesday, May 13, 2015

Perempuan mmg begini :)


Petikan di bawah aku ambik dari FB seingat aku la..tapi tiap baris kata yang tertera cukup buat aku tahu bahawa memang sifat perempuan untuk rasa diri disayangi dan dihargai oleh seorang lelaki yang dicintainya. Sesungguhnya bukan mudah untuk jadi seorang yang kuat jiwanya disebalik hati yang mudah rapuh dek sikap ego si lelaki.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Tuesday, May 12, 2015

Kelebihan Bulan Rejab

Biarpun bulan rejab dah di penghujung tetap juga aku nak share kelebihan bulan Rejab ni. Bulan ni memang ramai kaum-kaum hawa berlumba-lumba nak ganti puasa yang tetinggal pada Ramdhan yang lepas termasuk juga tuan punya blog ni kan....apa pun renung-renungkan dan selamat beramal..

Beberapa Hadis Rasulullah SAW menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklan kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan bulan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

4. Puasa sehari di dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:" Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah, maka barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar daripada Allah SWT.

Banyak kelebihan bulan Rejab ni jadi sama-samalah kita menambah amal ibadat kita di bulan Rejab ini..:)