
Wednesday, December 30, 2015
Slot Akasia baru Cinta Si Wedding Planner

Monday, November 30, 2015
Slot Baru Samarinda Aku Plih Kamu
Selamat pagi diam tak diam dah nak masuk bulan Disember pun esok.. Nak update sikit pasal drama yang akan menggantikan Dhia Sofea di slot Samarinda iaitu Aku Pilih Dia yang akan bermula 3 Disember 2015 ni. Sebelum ni ada juga filem dengan tajuk yang sama lakonan Intan Ladyana dan Fezrul Khan tapi jalan cerita yang berbeza cuma nama watak utama yang hampir sama Qasya dan Qeesya...Aku Pilih Dia menampilkan Dayana Roza dan Hafidz Roshdi sebagai teraju utama selain banyak lagi pelakon-pelakon popular lain seperti Fazreen Rafi, Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Sasqia, Zila Bakarin dan juga Arash Mohd. Drama arahan Zul Huzaimy Marzuki yang penuh konflik pasti menarik untuk ditonton.

Sinopsis:

Monday, November 16, 2015
Ingat Mati
BILA KITA INGATKAN MATI
Bila kita ingatkan mati.
Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI.
Bila kita ingatkan mati.
Kita tak PENTING diri sendiri.
Bila kita ingatkan mati.
Kita boleh buangkan BENCI.
Bila kita ingatkan mati.
Semua orang kita AMPUNI.
Bila kita ingatkan mati.
Kita selalu INSAFI diri.
Bila kita ingatkan mati.
Kita BERUSAHA kuat lagi.
Bila kita ingatkan mati.
Kita saling MENASIHATI.
Bila kita ingat mati.
Kita kena beradab ada budipekerti.
Bila kita ingat mati.
Yang tua2 kita hormati.
Bila kita ingat mati.
Apa orang tegur tak suka jangan ulang-ulangi.
Bila kita ingat mati.
Mak-ayah pun tak ada lagi,
Abang-kakak kita hormati.
Bila kita ingat mati.
Senda gurau jangan melebihi.
Bila kita ingat mati.
Segala perbuatan kita batasi.
Bila kita ingat mati.
Kurangkan merapu lebihkan nasihat-menasihati.
Bila kita ingatkan mati.
Kita telah MENGHIDUPKAN hati.
Bila kita ingatkan mati.
Tidak ada KESEDIHAN lagi.
Bila kita ingatkan mati.
Kita seronok hendak BERBAKTI.
Bila kita ingatkan mati.
Hidup menjadi lebih BERERTI.
Bila kita ingatkan mati.
Kita ingat ALLAH kepada Nya kita akan KEMBALI.
Monday, October 19, 2015
Juara Da'i Musim Ke-3
Monday, October 12, 2015
Drama Baru Samarinda TV3 Dhia Sofea
Selamat tengah hari uollls... lam sungguh menyepi sampaikan bersawang-sawang dah aku punyer blog...Alasan cliche sah-sah dah busy hihihi...Tak tahu apa la yang busy sangatkan..Perkembagan semasa pun xberapa nak ambik tahu huhuhu...Cuma semalam masa duk list untuk rakam drama-drama minggu ni terperasan la eh eh ada drama baru gantikan drama Bukan Isteri Sempurna..Drama ni pun baru je abis tengok semalam..Drama yang menggantikan Bukan Isteri Sempurna aku pasti korang memang dah tahukan.. Dhia Sofea lakonan Amyra Rosli dan Fadlan Hazim serta ramai lagi pelakon-pelakon hebat lain seperti Raja Ema, Maria Farida, Syafiq Kyle, Faye Khusairi, Norlia Ghani, Sharifah Haslinda, Dato'Eizlan Yusoff\ dan ramai lagi muka baru dan lama..Baca Sipnosis macam best la tapi apapun kena tengok dulu tapi bila nak boleh tengok tu tak tahu la..aku ni lambat la kalu dah rakam maklum saje dari jam 8-10 malam channel kat rumah 611-617 je bersiaran..huhuhu
Apa yang menarik lagi pasal drama ni ialah OSTnya..Lagu Merindukanmu nyanyian D'Masiv lagu lama ni tapi aku memang suka sangat..Masa pantang kat kampung tahun 2009 mak aku suka tengok sinetron kalu xsilap aku tajuknya SEKAR lakonan Dude Herlina dan Heroinnya lupa plak namaya hihihi sebab aku bukan minat sangat sinetron ni..Tapi lagu menrindukanmu ni juga jadi OST sinetron tu..Dah tiap-tiap hari dengar macam best je liriknya..
MERINDUKANMU
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

![]() |
Saksikan Dhia Sofea Mulai 14 Oktober 2015 Selasa hingga Khamis Jam 10.00 malam di TV3 |
Sunday, August 23, 2015
Drama Adaptasi Street Vendetta
hai...hai..hai... Ni nak update sikit pasal drama bersiri adaptasi Novel iaitu Street Vendetta nukilan penulis Mazni Aznita..up date terkini dari Fb beliau drama lakonan Sharul Rizwan dan Nad Zainal akan mula ditayangkan pada 02 September 2015 setiap selasa hingga khamis di TV2. Novel ni syok tau tapi dramanya tunggu dan lihat okay..
sipnosis sikit..
"Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus gugus waktu..."
"Love is always a beautiful things in our hearts....Sweet and Sour!"
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza?

Pelajar 16 Tahun Juara Dunia MS Office Specialist 2015
Selamat Tengah hari..eh eh rasa sekejap je masa berlalu, dah tengah hari rupanya.. First time tengok drama mencintaimu dah rasa memang nak kena follow dah ni...hihihi tu la pasal aku malas nak mula follow drama-drama ni hehehe..kalu dah melekat haila.. Bukan apa malas nak berebut channel ngan anak-anak apatah lagi sekarang si kecik Hadif pun dah pandai demand nak tengok kartun...dah tentu2 kalu kartun upin ipin, robocar poli n thomas n friends tu dah ada penunggu setia dan korang tentu tahu kalu channel 611 (ceria) berapa kali sehari duk ulang kartun tu siang malam..jadi, sah-sah la mamanya kena beralah..Memang aku record kalu drama2 best ni tapi sekarang masa macam terhad sangat untuk aku tengok semula...Masa first episod tu pun sebab memasing dah pengsan awal jadi dan la tengok walau yang rakam..

Hari tu ada terbaca tentang Admon Lee Wen Xuan, merupakan johan bagi pertandingan perisian Microsoft PowerPoint. Dia dinobatkan Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 bagi Microsoft PowerPoint 2010. Hebatkan adik ni..
Wednesday, August 19, 2015
Slot Baru Akasia TV3 Mencintaimu..
Lama sungguh tak jengah blog ini sama ada betul-brtul sibuk atau buat-buat sibuk aku pun tak tahu..hihihi Tapi memang banyak benda yang berlaku membuat aku jadi kalut..Tambah selepas ketua unit cuti panjang untuk menunaikan haji...Bukan saje blog tapi nak tengok TV pun rasa tak sempat alahai...Geng office duk cerita pasal Drama Syurga Nur aku masih blur sempat juga tengok episod awal dan dua episod akhir hehehe...
Hari ini bermula plak drama baru untuk slot Akasia iaitu mencintaimu...Hero Sharnaaz Ahmad dan Heroinnya pula pendatang baru juga sebab rasanya ini kali pertama pegang watak utama iaitu Zahirah Macwilson anak kepada pelakon Zainol Macwilson..Jika korang perasan Zahirah juga berlakon dalam Drama slot Samarinda Hidayahmu ramadhan memegang watak sebagai Doktor Katrina yang juga kakak angkat Hidayah. Serba sedikit tentang Zahirah ni beliau bukan sahaja cantik tapi juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia. tengok bapanya pasti kita dapat teka Zahirah ni berdarah kacukan. Zahirah kacukan Melayu-Australia tapi aku tengok Zahirah tak nampak macam kacukan sangatkan...Kalu tengok Maya Karin, Sasha Saidin, Diana Danielle misalnya sekali tengok pun dah tau berdarah kacukan.
.jpg)
Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.
Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.
Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.
Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
Sharnaaz Ahmad dan Zahirah Macwilson![]() |
Monday, August 10, 2015
Selebriti Bertudung, Keikhlasan Atau Trend
Assalamualaikum...
Selamat petang dah lama tak update apa-apakan..ntah apa la yang disibukkan..tapi betul la memang terlebih sibuk sangat selepas raya ni..adusss...Petang kemarin dengar berita radio pelakon Jue Aziz plak yang mula bertudung mungkin selepas bergelar isteri ni kan...Tahniah la untuk perubahan beliau..apa yang diharapkan semoga artis2 Malaysia ni akan kekalkan perubahan yang baik ini dan buangkan yang tak baik tu. Nak berubah secara perlahan-lahan jangan terlalu mengejut nanti lain jadinya. artis-artis yang mula mengenakan hijab ni biasa la pasti ada komen positif dan tak kurang juga komen negatif daripada peminat-peminat.
Terbaca luahan pelakon yang semakin cantik ini iaitu Irma Hasmie mengenai perkara ini dan juga seba sedikit perkembangan terkini Irma.

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 33, berharap masyarakat di luar sana dapat memberi ruang dan sokongan kepada artis yang baru sahaja bertukar imej berhijab dan tidak cepat untuk menjatuhkan hukuman dan mengadili mereka. mereka juga tidak seharusnya melemparkan kritikan pedas terutama jika dari segi pemakaian itu yang dilihat kurang sesuai dengan imej muslimah yang ditonjolkan.
Tidak salah untuk memberi teguran dan nasihat tetapi seeloknya secara baik dan perlahan-lahan kerana mungkin perspektif seseorang artis itu sendiri yang pada mulanya mahu berubah menjadi insan yang lebih baik boleh bertukar menjadi negatif dek kritikan yang diterimanya.
"Mereka nak tutup aurat itu sesuatu yang sangat bagus. Namun, tidak semua orang ada ilmu macam mana hendak tutup aurat dengan betul.
"Beri mereka ruang dan biar mereka selesa dulu dengan perubahan daripada tidak bertudung kepada bertudung. Jangan kita terus nak hentam.
"Sebagai umat Islam, kita gunakan pendekatan dengan menegur mereka secara baik dan pelahan-lahan.
"Kalau misalnya artis itu bertudung tetapi bajunya nampak ketat, tegurlah baik-baik. Jangan terus kritik sebab ia mungkin akan membuatkan perseptif nak berubah dan menutup aurat itu terbantut," katanya kepada Malaysian Digest.
Tambahnya, artis juga perlu peka dan benar-benar tahu apa matlamat dan niat sebenar hijrah yang dilakukan.
Tidak salah jika mahu berfesyen dan mengikut trend tetapi tetap perlu menjaga batas-batas.
"Kalau sudah tahu memakai tudung itu satu kewajipan, jadi kita pun kenalah jaga batas-batasnya barulah lengkap penghijrahan kita.
"Jangan pula nanti sebab kita hendak berubah menjadi lebih baik tetapi ada perkara-perkara lain yang merosakan niat kita," katanya mengulas tentang isu yang timbul mengaitkan sesetengah selebriti yang menerima kritikan gara-gara pakaian yang tidak sesuai dengan penampilan sebagai wanita bertudung.
Tambahnya, sejak penghijrannya beberapa tahun lalu, dia juga pernah menerima kritikan tetapi tidak terlalu ambil peduli dengan komen negatif sebaliknya komen positif sikit sebanyak menambah semangatnya untuk terus mempertingkatkan keyakinan diri.
"Mungkin ada artis yang takut kalau letak syarat sebab nak sesuaikan dengan imej bertudung, nanti takut susah nak dapat 'job' pada masa akan datang.
"Jangan takut nak buat sesutu kebaikan sebab takut nanti rezeki tidak ada walhal rezeki ada di mana-mana.
Sejak mendirikan rumah tangga sehingga kini, sudah dua tahun Irma tidak aktif di hadapan kamera sebagai pelakon.
Bukan tiada tawaran tetapi memandangkan lakonan memerlukan komitmen yang panjang di set penggambaran, jadi buat masa ini dia tidak mengambil sebarang tawaran kerana mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak dan keluarga.
Sunday, August 2, 2015
Undangan Walimatulurus Abby Abadi

Selamat Tengah hari, satu lagi berita terkini dunia artis yang aku baca ialah perkahwinan kali ketiga Pelakon dan Bekas Penyanyi Kumpulan Elite iaitu Abby Abadi.
Petikan dari Portal Media Hiburan,
Heroin Drama Slot Akasia "Hello Mr. Perfect"
![]() |
Cantik Orangnya |
Thursday, July 30, 2015
Open Office...Raya Sungguh
Saturday, July 25, 2015
Masa
Assalamualaikum..
Selamat pagi, share sikit untuk renungan kita bersama...
PADA YG 50, 50++, DKT2 50
S U D A H M E L E B I H I ?
S E D A N G M E N G H A M P I R I ?
M A S I H J A U H L A G I ?
Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.
Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG
Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI
Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.
Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.
Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
KELAPAN
BERLAPANG DADALAH
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.
Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ
Wednesday, July 22, 2015
Didik Dan Sayangilah Anak-Anak Kita
Selamat petang, dahraya ke 6 hari ni. hari ni terpaksa bawa hadif ke Pejabat kerana taska Hadif masih belum dibuka. haru biru juga la bawa budak kecik ni ke Office... Alahai anak mama, budak aktif semua benda nak teroka.. Belum sampai tengah hari hadif masih lagi seronok ke sana ke sini tapi mamanya dah penat larang dan kejar dia hihihi..Kenapalah Taska tu cuti lama sangat? memang betul dah menyusahkan aku. Dah la nak cuti payah, nak tak nak terpaksa juga angkut anak mai office. Cerita pasai anak ni, aku teringat beberapa kes yang berlaku sebelum ini ibu tiri dera anak, ibu bunuh anak. Tergamak sungguh mereka lakukan perbuatan yang tak berperikemanusiaan itu terfikir juga aku apa perasaan mereka yang memukul anak kecil tanpa belas kasihan walau mungkin bukan anak kandung tapi mengapa tubuh kecil ini disakiti? Tiadakah sifat belas kasihan dalam diri? Sedangkan aku kalu jentik atau cubit anak-anak ketika aku marah dan selepas tu memang aku rasa bersalah snagat walau sikitpun tak meninggalkan kesan tau bekas pada tubuh badan mereka. Di mana nilai kasih sayang mereka kepada anak-anak kecil ini? Sedih sangat bila membaca atau tengok berita tentang penderaan kanak-kanak sama ada di rumah, pusat asuhan. Anak adalah anugerah Allah untuk kita bukan semua orang yang dapat meras untuk menjadi seorang ibu atau seorang bapa. Masih ramai di luar sana yang ingin merasai pemgalaman menjadi ibu bapa tapi belum diberi rezeki oleh Allah. Kenapa mereka yang diberi peluang tergamak melakukan perbuatan kejam itu? Adakah itu cara mendidik? Renung-renugkan dan fikir-fikirkanlah dengan hati yang tenang.

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK
Tuesday, July 21, 2015
Raya, Raya, Raya
Raya tahun ni aku beraya di Kedah, dah giliran sini kan..tapi apapun aku xkisah dah senenarnya walau di mana beraya sbb family mertua pun macam family kita juga walau rasa sedih tapi aku redha dah jodoh aku kannnn...Raya tahun ni juga aku macam cipta rekod la sebab biskut raya yg beli satu jenis je yg len semua homemade, biasa buat satu jenis beli berjenis-jenis hahaha..walau pun aku ni bkn la pndai sangat bab2 nk wat biskut ni tp ok la utk permulaan..satu lagi ketupat daun palas Alhamdulillah..menjadi jugak setelah sehari jgk la aku bertungkus lumus hihihi bunyi mcm teruk sgt je nk wat ketupat kan..ye la nk bagi jd ketupat jantan bak kata org Kedah.. Bab balut ni dr thn lepas lg aku belajar tp dah memang x amal jd xingat la step tu..tetina kasih la kawan2, En. Google dan.semestinya ibu mertuaku yg mengajar aku bagaimana nk buat ketupat daun palas versi Kedah.. Di Kg halaman aku cara balutannya len sikit..
Satu lg perkara baru yg aku buat ialah belajar guna mesin jahit..huhuhu mmg cabaran betul sebab xpernah sentuh malah nk boh benang kat mesin pun xpndai.. Jadi sebagai beginner ni aku try pleat langsir supaya bila nak pasang xyah la nk kedut2 dah..hihihi Bila ingat semula mmg agak kelam kabut jugak sbb semua benda nk wat dlm satu masa.. Terima kasih buat En suami yg banyak membantu untuk tugasan len...kerjasamakann...
Raya thn ni mengajar aku untuk lebih teliti menyusun atur kerja di masa akan datang jgn nk tunggu last minute.. Apapun pun yg kita lakukan beserta niat yg ikhlas in sha Allah akan dipermudahkan, xtahu jgn malu nk tanya dan belajar.. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.. Kena gelak sikit2 tu tahan je la..hihihi dah tua2 ni baru nk blaja huhuhu...
![]() |
Try Pasang Langsir yang baru dijahit..Besi untuk Langsir tu tinggi lagi sebenarnya sebab tu nampak labuh. |
![]() |
Gigihnya buka daun palas hihihi |
![]() |
Hasil ketupat yang dibuat sendiri..Kena banyak belajar lagi.. |
Tuesday, July 14, 2015
QI & NELYDIA SUDAH BUAT PERSIAPAN PERTUNANGAN
Selamat pagi, lagi dua tiga hari kita semua kan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga korang pun dah siapkan persiapan akhir untuk family korang walau di man punkorang beraya. hari ini hari last aku bekerja sebelum cuiti. Sebelum cuti ini nak share skit tentang pasangan Qi Razali & Nelydia Senrose yang khabarnya akan ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

Kisah percintaan pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose bukanlah menjadi rahsia lagi dikalangan peminat seni tempatan. Malah, keduanya mengakui ikatan cinta mereka semakin hangat walaupun tidak terlalu terbuka bercerita mengenainya kepada khalayak.
Namun, sejak akhir-akhir ini sering kali terdengar khabar angin menyatakan mereka bakal bertunang tidak lama lagi.
Memetik laporan Sinar Online, Qi menjelaskan mereka sebenarnya sudah pun membuat persiapan pertunangan namun bukanlah secara keseluruhan.
"Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti," katanya perbincangan bersama kedua keluarga telah dibuat tetapi tarikh masih belum ditetapkan.
Tambah pelakon Suamiku Jatuh Dari Langit ini juga, dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai cerita tersebut kerana masih dalam perancangan.
"Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," jelas pelakon berusia 37 tahun ini.
Saturday, July 11, 2015
15 Amalan Ringan di Bulan Ramadhan Yang Besar Pahalanya
Assalamualaikum..
Ramadhan adalah bulan untuk beramal ibadah. Untuk melakukan amal ibadah tersebut tidak perlu yang berat, jika kita tidak mampu melakukannya. Banyak amalan yang ringan dalam bulan Ramadhan yang boleh kita buat.
Di antara amalan yang ringan yang diajarkan Rasulullah SAW pada kita adalah rutin mengamalkan amalan soleh meskipun amalan itu sedikit dan ringan, atau bahkan dipandang remeh oleh sebagian orang. Namun ternyata tanpa kita sangka, ternyata amalan tersebut mengandungi pahala yang besar.
Berikut ini adalah beberapa amalan yang mudah dan ringan untuk dilakukan di bulan Ramadhan, namun besar pahalanya:
1. Membaca : subhaanallaahi wa bihamdihi subhaanallaahil ‘adzim
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
“Ada dua kalimat yang dicintai oleh Allah, ringan di lisan, dan berat ditimbangan: (iaitu bacaan) subhaanallaahi wa bihamdihi subhaanallaahil ‘adzim [Mahasuci Allah dan dengan memujiNya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung]” (HR. Al Bukhari)
2. Wudhu dengan sempurna dan membaca do’a, sebagaimana hadits berikut:
Dari Umar bin Khattab, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna, kemudian selesai wudhu' dia membaca: asyhadu allaa ilaha illallah wa anna muhammadan abdullahi wa rasuuluh [aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT dan bahwasanya Muhammad adalah hamba Allah SWT dan Rasul-Nya, maka akan dibukakan untuknya pintu surga yang jumlahnya lapan, dan dia boleh masuk dari pintu mana saja yang dia sukai.” (HR. Muslim)
3. Menghadiri shalat jumaat di awal waktu, dengan memperhatikan adabnya.
Dari Aus bin Aus Ats Tsaqafi, bahwa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membasuh (kepalanya) dan mencuci (seluruh tubuhnya) di hari Jumaat (mandi Sunat), lalu berangkat ke masjid dan dia mendapatkan khutbah dari awal, dia berjalan dan tidak naik kenderaan, dia mendekat ke khatib, konsentrasi mendengarkan khutbah dan tidak berbicara maka setiap langkahnya (dinilai) sebagaimana pahala puasa dan shalat malam selama setahun.” (HR. Abu Dawud, At tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan dinilai shahih oleh Al Albani)
Abu Zur’ah mengatakan: “Saya tidak pernah menjumpai satu hadits yang menceritakan pahala yang besar dengan amal yang sedikit yang lebih shahih dari hadits ini.”
4. Shalat dhuha dua rakaat.
Dari Abu Dzar, Nabi SAW bersabda:
“Setiap ruas tulang kalian wajib disedekahi, setiap tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir bernilai sedekah, amar ma’ruf nahi munkar bernilai sedekah, dan semua kewajiban sedekah itu akan ditutupi dengan dua rakaat shalat dhuha.” (HR. Muslim & Abu Dawud)
5. Berzikir di masjid setelah shubuh.
Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang shalat subuh berjamaah, kemudian tetap duduk di masjid sampai terbit matahari, kemudian shalat dua rakaat maka dia mendapat pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna.” (HR. At Tirmidzi dan dinilai hasan oleh Al Albani)
6. Membaca Al Qur’an.
Dari Abdullah bin Mas’ud, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Qur’an maka dia mendapat satu pahala kebaikan. Dan setiap satu pahala itu dilipatkan menjadi 10 kali….” (HR. At Tirmidzi, At Thabrani dan dinilai shahih oleh Al Albani)
7. Membaca zikir ketika masuk pasar atau tempat keramaian.
Dari Abdillah bin Amr bin ‘Ash, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang masuk pasar kemudian dia membaca: laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumiit wa huwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khair, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir [tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah tiada sekutu bagiNya, milikNyalah seluruh kerajaan. Dan milik-Nyalah seluruh pujian, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha hidup dan tidak mati, di Tangan-Nyalah segala kebaikan, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu] maka Allah SWT catat untuknya sejuta kebaikan, Allah SWT hapuskan sejuta kesalahan, dan Allah SWT angkat untuknya satu juta derajat.” (HR. At Tirmidzi, Al Hakim, Ad Darimi dan dinilai hasan oleh Al Albani)
8. Shalat berjama’ah di masjid.
Dari Abu Umamah, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang keluar dalam keadaan suci, menuju masjid untuk melaksanakan shalat jama’ah maka pahalanya seperti pahala seperti orang yang sedang haji dalam keadaan ihram.” (HR. Abu Dawud dan dinilai hasan oleh Al Albani)
9. Berzikir ketika terbangun dari tidur.
Dari Ubadah bin Shamit, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang terbangun (nglilir) ketika tidur malam kemudian dia membaca: laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir. subhanallah,wal hamdulillah, wa laa ilaha illallah wallahu akbar wa laa haula wa laa quwwata illa billah [tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah seluruh kerajaan, milk-Nyalah segala pujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji milik Allah SWT Mahasuci Allah SWT tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha besar. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah SWT kemudian dia beristighfar atau berdo’a maka akan dikabulkan. Jika dia berwudhu kemudian shalat dua rakaat maka shalatnya diterima.” (HR. Bukhari & Abu Dawud)
10. Shalat sunnah dua rakaat sebelum subuh.
Dari ‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Muslim)
11. Memperbanyakkan membaca shalawat Nabi.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca shalawat untukku sekali, maka Allah SWT akan memberikan shalawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)
Dalam riwayat lain: “Barangsiapa yang membaca shalawat untukku sekali, maka Allah SWT akan memberikan shalawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh derajat.” (HR. An Nasa’i, shahih)
12. Menjawab adzan dan membaca do’a setelah adzan.
Dari Jabir bin Abdillah, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mendengarkan adzan kemudian dia membaca do’a: Allahumma rabba hadzihid da’watittammah washshalatil qa’imah, ati muhammadanil wasilata wal fadhilah wab’ats-hu maqamam mahmudanilladzi wa’adtahu [Ya Allah SWT , Rabb pemilik panggilan yang sempurna dan shalat wajib yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan fadhilah. Bangkitkanlah beliau ke tempat terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya.] maka dia berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat.” (HR. Bukhari)
13. Membaca dzikir setiap pagi dan petang. Diantara dzikir yang disyariatkan adalah membaca : ‘subahanallah wa bihamdihi‘’
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa di waktu pagi dan petang membaca: ‘subahanallah wa bihamdihi‘ seratus kali maka tidak ada seorang pun yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala yang lebih baik dari pahala yang dia bawa, kecuali orang yang membaca seperti yang dia baca atau lebih banyak.” (HR. Muslim)
14. Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang mengajak orang lain untuk melakukan kesesatan dan maksiat maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR. Muslim)
15. Rajin beristighfar.
Dari Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang rajin beristighfar maka Allah SWT akan berikan jalan keluar setiap ada kesulitan, Allah SWT berikan penyelesaian setiap mengalami masalah, dan Allah SWT berikan rizki yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud, hasan lighairihi).
Sebarkan kebaikan walau satu ayat😄
Tuesday, July 7, 2015
Bas Percuma Untuk Pulang Beraya
Assalamualaikum Semua...
Selamat petang saya dapat info ni dari kakak saya untuk student yg nak balik raya dr KL-KTRG. Bas percuma disediakan..
Kpd siapa2 yg masih blum ada ticket balik kg, boleh pm sy, Nasir +6017 365 9792 untuk booking seat ...
Kuala Lumpur - Terengganu
Detail adalah seperti berikut:
Tarikh: 13 Julai 2015
Masa: 8.30 PM
Tempat: Kg.Baru, K. Lumpur
Untuk urusan booking, sila hantarkn detail spt berikut:
Subjek: Bas Raya Permata 2015
Nama penuh:
Kampus:
No tel:
#student Terengganu yg brada di area sekitar Kuala Lumpur shj.
Khidmat bas balik raya percuma ini disediakan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dengan Kerjasama Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Sekian, terima kasih
Khasiat Pokok Durian Belanda

Monday, July 6, 2015
Kek Kukus Milo Yang Mudah
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak )
1 sk serbuk bikarbonat
1 sk serbuk penaik
3 biji telur
1 sk esen vanilla
1) campurkan semua bahan A dlm periuk dan kacau sehingga sebati dgn keadaan api sederhana..Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk seketika.
- 1 cawan milo
- 2 sb minyak masak
- 3 sb air
- 1/2 cawan susu pekat
Sunday, July 5, 2015
Buffet Ramadhan Menara Alor Setar
Selamat pagi..hari ini nak share satu lagi tempat yang menyediakan Buffet Ramdahan iaitu di Restoran Berputar Menara Alor Setar.
![]() |
Untuk Tempahan Buffet Ramadhan |
![]() |
Antara Menu-menu yang disediakan |