SweetMuslimah.com

Monday, August 10, 2015

Selebriti Bertudung, Keikhlasan Atau Trend



Assalamualaikum...

Selamat petang dah lama tak update apa-apakan..ntah apa la yang disibukkan..tapi betul la memang terlebih sibuk sangat selepas raya ni..adusss...Petang kemarin dengar berita radio pelakon Jue Aziz plak yang mula bertudung mungkin selepas bergelar isteri ni kan...Tahniah la untuk perubahan beliau..apa yang diharapkan semoga artis2 Malaysia ni akan kekalkan perubahan yang baik ini dan buangkan yang tak baik tu. Nak berubah secara perlahan-lahan jangan terlalu mengejut nanti lain jadinya. artis-artis yang mula mengenakan hijab ni biasa la pasti ada komen positif dan tak kurang juga komen negatif daripada peminat-peminat.

Terbaca luahan pelakon yang semakin cantik ini iaitu Irma Hasmie mengenai perkara ini dan juga seba sedikit perkembangan terkini Irma.


Semakin ramai selebriti tanah air kita yang memilih untuk berhijab sepenuhnya. Sesuatu yang disambut baik oleh semua masyarakat dan peminat. Namun, tak semua selebriti ini menepati cara berpakaian dengan betul. Irma Hasmie ada memberikan pandangan dan komennya mengenai perkara ini.

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 33, berharap masyarakat di luar sana dapat memberi ruang dan sokongan kepada artis yang baru sahaja bertukar imej berhijab dan tidak cepat untuk menjatuhkan hukuman dan mengadili mereka. mereka juga tidak seharusnya melemparkan kritikan pedas terutama jika dari segi pemakaian itu yang dilihat kurang sesuai dengan imej muslimah yang ditonjolkan.

Tidak salah untuk memberi teguran dan nasihat tetapi seeloknya secara baik dan perlahan-lahan kerana mungkin perspektif seseorang artis itu sendiri yang pada mulanya mahu berubah menjadi insan yang lebih baik boleh bertukar menjadi negatif dek kritikan yang diterimanya.

"Mereka nak tutup aurat itu sesuatu yang sangat bagus. Namun, tidak semua orang ada ilmu macam mana hendak tutup aurat dengan betul.

"Beri mereka ruang dan biar mereka selesa dulu dengan perubahan daripada tidak bertudung kepada bertudung. Jangan kita terus nak hentam.

"Sebagai umat Islam, kita gunakan pendekatan dengan menegur mereka secara baik dan pelahan-lahan.

"Kalau misalnya artis itu bertudung tetapi bajunya nampak ketat, tegurlah baik-baik. Jangan terus kritik sebab ia mungkin akan membuatkan perseptif nak berubah dan menutup aurat itu terbantut," katanya kepada Malaysian Digest.

Tambahnya, artis juga perlu peka dan benar-benar tahu apa matlamat dan niat sebenar hijrah yang dilakukan.
Tidak salah jika mahu berfesyen dan mengikut trend tetapi tetap perlu menjaga batas-batas.

"Kalau sudah tahu memakai tudung itu satu kewajipan, jadi kita pun kenalah jaga batas-batasnya barulah lengkap penghijrahan kita.

"Jangan pula nanti sebab kita hendak berubah menjadi lebih baik tetapi ada perkara-perkara lain yang merosakan niat kita," katanya mengulas tentang isu yang timbul mengaitkan sesetengah selebriti yang menerima kritikan gara-gara pakaian yang tidak sesuai dengan penampilan sebagai wanita bertudung.

Tambahnya, sejak penghijrannya beberapa tahun lalu, dia juga pernah menerima kritikan tetapi tidak terlalu ambil peduli dengan komen negatif sebaliknya komen positif sikit sebanyak menambah semangatnya untuk terus mempertingkatkan keyakinan diri.

"Mungkin ada artis yang takut kalau letak syarat sebab nak sesuaikan dengan imej bertudung, nanti takut susah nak dapat 'job' pada masa akan datang.

"Jangan takut nak buat sesutu kebaikan sebab takut nanti rezeki tidak ada walhal rezeki ada di mana-mana.

Sejak mendirikan rumah tangga sehingga kini, sudah dua tahun Irma tidak aktif di hadapan kamera sebagai pelakon.

Bukan tiada tawaran tetapi memandangkan lakonan memerlukan komitmen yang panjang di set penggambaran, jadi buat masa ini dia tidak mengambil sebarang tawaran kerana mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak dan keluarga.

No comments:

Post a Comment