SweetMuslimah.com

Sunday, August 23, 2015

Pelajar 16 Tahun Juara Dunia MS Office Specialist 2015

Assalamualaikum...


Selamat Tengah hari..eh eh rasa sekejap je masa berlalu, dah tengah hari rupanya.. First time tengok drama mencintaimu dah rasa memang nak kena follow dah ni...hihihi tu la pasal aku malas nak mula follow drama-drama ni hehehe..kalu dah melekat  haila.. Bukan apa malas nak berebut channel ngan anak-anak apatah lagi sekarang si kecik Hadif pun dah pandai demand nak tengok kartun...dah tentu2  kalu kartun upin ipin, robocar poli n thomas n friends tu dah ada penunggu setia dan korang tentu tahu kalu channel 611 (ceria) berapa kali sehari duk ulang kartun tu siang malam..jadi, sah-sah la mamanya kena beralah..Memang aku record kalu drama2 best ni tapi sekarang masa macam terhad sangat untuk aku tengok semula...Masa first episod tu pun sebab memasing dah pengsan awal jadi dan la tengok walau yang rakam..


Hari tu ada terbaca tentang Admon Lee Wen Xuan, merupakan johan bagi pertandingan perisian Microsoft PowerPoint. Dia dinobatkan  Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 bagi Microsoft PowerPoint 2010. Hebatkan adik ni..
Pengumuman dan pemilihan juara ini telah dibuat oleh kumpulan Certiport, pembekal penyelesaian penyampaian ujian bagi tenaga kerja global dan pasaran akademik. Pelajar berusia 16 tahun ini ditaja oleh Litespeed Education Programmes Sdn Bhd.
Pertandingan yang memasuki edisi ke 14 ini, Microsoft Office Specialist World Championship (MOSWC) menarik minat sebanyak 600,000 penyertaan untuk mempamerkan bakat calon dan penguasaan mereka dalam produk Microsoft Office.
145 pelajar dari 47 negara berentap sesama mereka pada pusingan akhir bagi merebut gelaran juara. Tempat kedua dimenangi oleh pelajar dari Kemboja yang bernama Kong Divin dan tempat ketiga pula ialah pelajar dari Vietnam yang bernama Nguyen Thi Hien Gia.
Admon membawa pulang biasiswa bernilai US$5000. Upacara penganugerahan ini berlangsung di Gaylord Texan Grapevine Resort di Dallas, Texas Amerika Syarikat. Kalau Tukar ke Ringgit Malaysia RM 20k lebih juga tu..Tahniah kepada Admon..Malaysia Boleh..

No comments:

Post a Comment