hai...hai..hai... Ni nak update sikit pasal drama bersiri adaptasi Novel iaitu Street Vendetta nukilan penulis Mazni Aznita..up date terkini dari Fb beliau drama lakonan Sharul Rizwan dan Nad Zainal akan mula ditayangkan pada 02 September 2015 setiap selasa hingga khamis di TV2. Novel ni syok tau tapi dramanya tunggu dan lihat okay..
sipnosis sikit..
"Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus gugus waktu..."
"Love is always a beautiful things in our hearts....Sweet and Sour!"
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza?

No comments:
Post a Comment