SweetMuslimah.com

Sunday, August 23, 2015

Drama Adaptasi Street Vendetta

Assalamualaikum...

hai...hai..hai... Ni nak update sikit pasal drama bersiri adaptasi Novel iaitu Street Vendetta nukilan penulis Mazni Aznita..up date terkini dari Fb beliau drama lakonan Sharul Rizwan dan Nad Zainal akan mula ditayangkan pada 02 September 2015 setiap selasa hingga khamis di TV2. Novel ni syok tau tapi dramanya tunggu dan lihat okay..

sipnosis sikit..

  "Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus gugus waktu..."
"Love is always a beautiful things in our hearts....Sweet and Sour!" 

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza?




Pelajar 16 Tahun Juara Dunia MS Office Specialist 2015

Assalamualaikum...


Selamat Tengah hari..eh eh rasa sekejap je masa berlalu, dah tengah hari rupanya.. First time tengok drama mencintaimu dah rasa memang nak kena follow dah ni...hihihi tu la pasal aku malas nak mula follow drama-drama ni hehehe..kalu dah melekat  haila.. Bukan apa malas nak berebut channel ngan anak-anak apatah lagi sekarang si kecik Hadif pun dah pandai demand nak tengok kartun...dah tentu2  kalu kartun upin ipin, robocar poli n thomas n friends tu dah ada penunggu setia dan korang tentu tahu kalu channel 611 (ceria) berapa kali sehari duk ulang kartun tu siang malam..jadi, sah-sah la mamanya kena beralah..Memang aku record kalu drama2 best ni tapi sekarang masa macam terhad sangat untuk aku tengok semula...Masa first episod tu pun sebab memasing dah pengsan awal jadi dan la tengok walau yang rakam..


Hari tu ada terbaca tentang Admon Lee Wen Xuan, merupakan johan bagi pertandingan perisian Microsoft PowerPoint. Dia dinobatkan  Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 bagi Microsoft PowerPoint 2010. Hebatkan adik ni..
Pengumuman dan pemilihan juara ini telah dibuat oleh kumpulan Certiport, pembekal penyelesaian penyampaian ujian bagi tenaga kerja global dan pasaran akademik. Pelajar berusia 16 tahun ini ditaja oleh Litespeed Education Programmes Sdn Bhd.
Pertandingan yang memasuki edisi ke 14 ini, Microsoft Office Specialist World Championship (MOSWC) menarik minat sebanyak 600,000 penyertaan untuk mempamerkan bakat calon dan penguasaan mereka dalam produk Microsoft Office.
145 pelajar dari 47 negara berentap sesama mereka pada pusingan akhir bagi merebut gelaran juara. Tempat kedua dimenangi oleh pelajar dari Kemboja yang bernama Kong Divin dan tempat ketiga pula ialah pelajar dari Vietnam yang bernama Nguyen Thi Hien Gia.
Admon membawa pulang biasiswa bernilai US$5000. Upacara penganugerahan ini berlangsung di Gaylord Texan Grapevine Resort di Dallas, Texas Amerika Syarikat. Kalau Tukar ke Ringgit Malaysia RM 20k lebih juga tu..Tahniah kepada Admon..Malaysia Boleh..

Wednesday, August 19, 2015

Slot Baru Akasia TV3 Mencintaimu..

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak jengah blog ini sama ada betul-brtul sibuk atau buat-buat sibuk aku pun tak tahu..hihihi Tapi memang banyak benda yang berlaku membuat aku jadi kalut..Tambah selepas ketua unit cuti panjang untuk menunaikan haji...Bukan saje blog tapi nak tengok TV pun rasa tak sempat alahai...Geng office duk cerita pasal Drama Syurga Nur aku masih blur sempat juga tengok episod awal dan dua episod akhir hehehe...
 Hari ini bermula plak drama baru untuk slot Akasia iaitu mencintaimu...Hero Sharnaaz Ahmad dan Heroinnya pula pendatang baru juga sebab rasanya ini kali pertama pegang watak utama iaitu Zahirah Macwilson anak kepada pelakon Zainol Macwilson..Jika korang perasan Zahirah juga berlakon dalam Drama slot Samarinda Hidayahmu ramadhan memegang watak sebagai Doktor Katrina yang juga kakak angkat Hidayah. Serba sedikit tentang Zahirah ni beliau bukan sahaja cantik tapi juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia. tengok bapanya pasti kita dapat teka Zahirah ni berdarah kacukan. Zahirah kacukan Melayu-Australia tapi aku tengok Zahirah tak nampak macam kacukan sangatkan...Kalu tengok Maya Karin, Sasha Saidin, Diana Danielle misalnya sekali tengok pun dah tau berdarah kacukan.




Selain Hidayahmu Ramdhan zahirah juga berlakon dalam Generasi Dunia Baru (TV9) dan juga Mr Londoni Ms Langkawi (Belum tayang). hero Drama ni Sharnaaz Ahmad, jarang muncul untuk slot akasia si sharnaaz ni tapi menurutnya untuk drama arahan Raja Ahmad Alauddin ni Sharnaaz yang menjayakan watak Hisyam bekerja keras untuk memperolehi bentuk badan yang berotot, abang sado la ni.. Sipnosis Mencintaimu...

Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya, Saiful. Bapa Anissa, Zali, tidak membantah apa saja yang Anissa mahu lakukan.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?

Image result for pelakon mencintaimu
Sharnaaz Ahmad dan Zahirah Macwilson

Image result for pelakon mencintaimu

Monday, August 10, 2015

Selebriti Bertudung, Keikhlasan Atau Trend



Assalamualaikum...

Selamat petang dah lama tak update apa-apakan..ntah apa la yang disibukkan..tapi betul la memang terlebih sibuk sangat selepas raya ni..adusss...Petang kemarin dengar berita radio pelakon Jue Aziz plak yang mula bertudung mungkin selepas bergelar isteri ni kan...Tahniah la untuk perubahan beliau..apa yang diharapkan semoga artis2 Malaysia ni akan kekalkan perubahan yang baik ini dan buangkan yang tak baik tu. Nak berubah secara perlahan-lahan jangan terlalu mengejut nanti lain jadinya. artis-artis yang mula mengenakan hijab ni biasa la pasti ada komen positif dan tak kurang juga komen negatif daripada peminat-peminat.

Terbaca luahan pelakon yang semakin cantik ini iaitu Irma Hasmie mengenai perkara ini dan juga seba sedikit perkembangan terkini Irma.


Semakin ramai selebriti tanah air kita yang memilih untuk berhijab sepenuhnya. Sesuatu yang disambut baik oleh semua masyarakat dan peminat. Namun, tak semua selebriti ini menepati cara berpakaian dengan betul. Irma Hasmie ada memberikan pandangan dan komennya mengenai perkara ini.

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 33, berharap masyarakat di luar sana dapat memberi ruang dan sokongan kepada artis yang baru sahaja bertukar imej berhijab dan tidak cepat untuk menjatuhkan hukuman dan mengadili mereka. mereka juga tidak seharusnya melemparkan kritikan pedas terutama jika dari segi pemakaian itu yang dilihat kurang sesuai dengan imej muslimah yang ditonjolkan.

Tidak salah untuk memberi teguran dan nasihat tetapi seeloknya secara baik dan perlahan-lahan kerana mungkin perspektif seseorang artis itu sendiri yang pada mulanya mahu berubah menjadi insan yang lebih baik boleh bertukar menjadi negatif dek kritikan yang diterimanya.

"Mereka nak tutup aurat itu sesuatu yang sangat bagus. Namun, tidak semua orang ada ilmu macam mana hendak tutup aurat dengan betul.

"Beri mereka ruang dan biar mereka selesa dulu dengan perubahan daripada tidak bertudung kepada bertudung. Jangan kita terus nak hentam.

"Sebagai umat Islam, kita gunakan pendekatan dengan menegur mereka secara baik dan pelahan-lahan.

"Kalau misalnya artis itu bertudung tetapi bajunya nampak ketat, tegurlah baik-baik. Jangan terus kritik sebab ia mungkin akan membuatkan perseptif nak berubah dan menutup aurat itu terbantut," katanya kepada Malaysian Digest.

Tambahnya, artis juga perlu peka dan benar-benar tahu apa matlamat dan niat sebenar hijrah yang dilakukan.
Tidak salah jika mahu berfesyen dan mengikut trend tetapi tetap perlu menjaga batas-batas.

"Kalau sudah tahu memakai tudung itu satu kewajipan, jadi kita pun kenalah jaga batas-batasnya barulah lengkap penghijrahan kita.

"Jangan pula nanti sebab kita hendak berubah menjadi lebih baik tetapi ada perkara-perkara lain yang merosakan niat kita," katanya mengulas tentang isu yang timbul mengaitkan sesetengah selebriti yang menerima kritikan gara-gara pakaian yang tidak sesuai dengan penampilan sebagai wanita bertudung.

Tambahnya, sejak penghijrannya beberapa tahun lalu, dia juga pernah menerima kritikan tetapi tidak terlalu ambil peduli dengan komen negatif sebaliknya komen positif sikit sebanyak menambah semangatnya untuk terus mempertingkatkan keyakinan diri.

"Mungkin ada artis yang takut kalau letak syarat sebab nak sesuaikan dengan imej bertudung, nanti takut susah nak dapat 'job' pada masa akan datang.

"Jangan takut nak buat sesutu kebaikan sebab takut nanti rezeki tidak ada walhal rezeki ada di mana-mana.

Sejak mendirikan rumah tangga sehingga kini, sudah dua tahun Irma tidak aktif di hadapan kamera sebagai pelakon.

Bukan tiada tawaran tetapi memandangkan lakonan memerlukan komitmen yang panjang di set penggambaran, jadi buat masa ini dia tidak mengambil sebarang tawaran kerana mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak dan keluarga.

Sunday, August 2, 2015

Undangan Walimatulurus Abby Abadi

Assalamualaikum..


Abby Abadi




Selamat Tengah hari, satu lagi berita terkini dunia artis yang aku baca ialah perkahwinan kali ketiga Pelakon dan Bekas Penyanyi Kumpulan Elite iaitu Abby Abadi.

Petikan dari Portal Media Hiburan,

Beberapa jam yang lalu, kami sempat melihat gambar yang dimuatnaik oleh bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi di laman Instagramnya. Gambar tersebut memaparkan dirinya dan seorang lelaki yang tidak dikenali, dan tertera dengan hashtag #WalimatulUrus di ruangan kapsyen. Nampaknya, Abby bakal menamatkan zaman jandanya sekali lagi.

Antara bait kata yang ditulis di kapsyen gambar tersebut adalah,

"#WalimatulUrus #JaiAbby
Alhamdullillah. #14August2015 akan menjadi kenangan terindah buat kami. Buat Sy & En @jaiezzany ... Kenal dari 2013, tp tak perasan sangat. December 2014 berhubung semula atas urusan kerja. Terus berhubung baik sehinggalah akhirnya 'jodoh' datang tak terduga. Panjang nak cerita.. Apapun, kami ambil keputusan utk mempercepatkan 'kerja baik' ini agar sentiasa berada di bawah keredhaan ALLAH & tidak terlibat dgn perkara2 yg tidak diingini. Beberapa minggu je lagi ni... Syukur ALLAH permudahkan segala perancangan kami. Terima Kasih ALLAH atas jodoh ini. Doakan ini akan jadi 'perkahwinan' yg terakhir buat kami. . .
Kami umumkan utk pengetahuan semua,  Agar tiada cerita2 yg direka. InshaALLAH, Cuma tak termampu rasanya nk jemput semua disini hehe.. Kad kahwinpun kalau tempah tak sempat siap, jadi begini jelah jemputnya huhu.... Ampun Maaf dipinta ye. Yg mengenali, yg dekat, Sahabat2... Tunggu Sy msg nanti k. Simpan date ni dulu... Majlis pernikahan akan berlangsung pada 14hb August nanti di sebuah Masjid di Keramat. Makan2 'Kasih Sayang' akan di buat pada 16hb August pulak, inshaALLAH. Sekali dgn Makan2 bersama Keluarga UMAIMA ye. Temanya pun 'Peach' ikut warna tema UMAIMA hehe... Persiapan disaat2 akhir... Memang menyesakkan dada... Nk mohon bantuan info utk Dewan, Pakej Perkahwinan , Baju, Make up, doorgift, semualah... Tolong Sy please... Hanya ALLAH dpt membalasnya "

Apapun semoga perkahwinan Abby kali ini berkekalan hingga ke Jannah..Amin..

Heroin Drama Slot Akasia "Hello Mr. Perfect"

Assalamualaikum..


Instagram photo by ruhainies7 - Still on set 😁😁😁 #simontel #hypptv #hyppsensasi #aaidaproduction 🎥
Cantik Orangnya

Selamat pagi, mood raya dah terbang pergi ye la dah masuk pertengahan syawal, Haziq pun tadi kemain lagi konon dah lepas Jamuan Raya Tadikanya, dia pun dah rasa raya dah habis sampaikan dengar lagu raya pun dia kata raya dah habis pun nak pasang lagi lagu raya radio ni..hihihi

sekarang nak update pasal heroin baru lagi, ramai sungguh muka baru yang muncul sekarang ni memang cantik pemilik wajah bernama Nur Ruhainies ni katanya adik kepada pelakon Nur Risteena yang pernah berlakon drama Playboy Itu Suami Aku? dan juga Menjinak Ombak tu drama yang aku ikuti la banyak lagi drama-drama lain..Berbalik pada si Ruhainies ni dia akan menjadi watak utama di dalam drama adaptasi novel Hello Mr. Perfect bergandingan dengan Hero kacak Fattah Amin.  Novel ni pun ada dalam simpanan aku best citer yang giler-giler pasti mengundang ketawa dan memang tak boring la baca novel tu...Daripada sumber yang diperolehi iaitu instagramnya ruhainies berusia 23 tahun dan juga Duta untuk produk RUZA. Tu la seba sedikit mengenai Pelakon ini yang aku sempat baca. Semoga bakat lakonan ruhainies terus bersinar dan berjaya dalam bidang yang diceburi.




Instagram photo by ruhainies7 - Good Morning! today i nak belanja "smart tunnel" sikit 😜👀👃🏻 happy working and have a good day everyone! 😎