SweetMuslimah.com

Monday, October 19, 2015

Juara Da'i Musim Ke-3

Assalamualaikum...
Selamat pagi..semalam korang tgk tak Da'i akhir? Member office aku yg sgt minat kat Da'i Hamidah ptg lg dah bg tau mlm ni nk off h phone nk bg tumpuan penuh Da'i akhir. Begitu la sokongan penuh yg diberi untuk org senegeri..bkn saja negeri tp juga duk daerah yg sama juga.. Seperti yang dijangka Da'i Hamidah menjadi juara dengan markah 85.9%. Tahniah buat Da'i Hamidah yang berasal dari Sik, Kedah. Berusia 23 tahun namun bicara dan tutur kata begitu bernas dan bersahaja bisa menarik penonton untuk terus mendengarnya. Semoga beliau akan terus berjaya untuk menyampaikan dakwah kepada golongan muda dan menjadi ikon yang tinggi ilmu untuk adik-adik generasi muda akan datang..

Monday, October 12, 2015

Drama Baru Samarinda TV3 Dhia Sofea

Assalamualaikum..

Selamat tengah hari uollls... lam sungguh menyepi sampaikan bersawang-sawang dah aku punyer blog...Alasan cliche sah-sah dah busy hihihi...Tak tahu apa la yang busy sangatkan..Perkembagan semasa pun xberapa nak ambik tahu huhuhu...Cuma semalam masa duk list untuk rakam drama-drama minggu ni terperasan la eh eh ada drama baru gantikan drama Bukan Isteri Sempurna..Drama ni pun baru je abis tengok semalam..Drama yang menggantikan Bukan Isteri Sempurna aku pasti korang memang dah tahukan.. Dhia Sofea lakonan Amyra Rosli dan Fadlan Hazim serta ramai lagi pelakon-pelakon hebat lain seperti Raja Ema, Maria Farida, Syafiq Kyle, Faye Khusairi, Norlia Ghani, Sharifah Haslinda, Dato'Eizlan  Yusoff\ dan ramai lagi muka baru dan lama..Baca Sipnosis macam best la tapi apapun kena tengok dulu tapi bila nak boleh tengok tu tak tahu la..aku ni lambat la kalu dah rakam maklum saje dari jam 8-10 malam channel kat rumah 611-617 je bersiaran..huhuhu
Apa yang menarik lagi pasal drama ni ialah OSTnya..Lagu Merindukanmu nyanyian D'Masiv lagu lama ni tapi aku memang suka sangat..Masa pantang kat kampung tahun 2009 mak aku suka tengok sinetron kalu xsilap aku tajuknya SEKAR lakonan Dude Herlina dan Heroinnya lupa plak namaya hihihi sebab aku bukan minat sangat sinetron ni..Tapi lagu menrindukanmu ni juga jadi OST sinetron tu..Dah tiap-tiap hari dengar macam best je liriknya..


MERINDUKANMU

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
reff:
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu
saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
repeat reff
Tak tahu nak kata ada kena mengena memang tak la tapi mungkin sebab jauh dari En. suami kot hihihi...Sekarang ni nak tunggu drama Kau, AKu, Kita Lakonan Syarul Rizdwan bersama Janna Nick.. ok la panjang sangat dah ni..Nanti kalu projek DIY aku menjadi aku share kat sini la...
Dhia Sofea TV3
Dhia Sofea
Saksikan Dhia Sofea Mulai 14 Oktober 2015 Selasa hingga Khamis Jam 10.00 malam di TV3

Sunday, August 23, 2015

Drama Adaptasi Street Vendetta

Assalamualaikum...

hai...hai..hai... Ni nak update sikit pasal drama bersiri adaptasi Novel iaitu Street Vendetta nukilan penulis Mazni Aznita..up date terkini dari Fb beliau drama lakonan Sharul Rizwan dan Nad Zainal akan mula ditayangkan pada 02 September 2015 setiap selasa hingga khamis di TV2. Novel ni syok tau tapi dramanya tunggu dan lihat okay..

sipnosis sikit..

  "Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus gugus waktu..."
"Love is always a beautiful things in our hearts....Sweet and Sour!" 

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza?