Thursday, July 30, 2015
Open Office...Raya Sungguh
Saturday, July 25, 2015
Masa
Assalamualaikum..
Selamat pagi, share sikit untuk renungan kita bersama...
PADA YG 50, 50++, DKT2 50
S U D A H M E L E B I H I ?
S E D A N G M E N G H A M P I R I ?
M A S I H J A U H L A G I ?
Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.
Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG
Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI
Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.
Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.
Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
KELAPAN
BERLAPANG DADALAH
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.
Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ
Wednesday, July 22, 2015
Didik Dan Sayangilah Anak-Anak Kita
Selamat petang, dahraya ke 6 hari ni. hari ni terpaksa bawa hadif ke Pejabat kerana taska Hadif masih belum dibuka. haru biru juga la bawa budak kecik ni ke Office... Alahai anak mama, budak aktif semua benda nak teroka.. Belum sampai tengah hari hadif masih lagi seronok ke sana ke sini tapi mamanya dah penat larang dan kejar dia hihihi..Kenapalah Taska tu cuti lama sangat? memang betul dah menyusahkan aku. Dah la nak cuti payah, nak tak nak terpaksa juga angkut anak mai office. Cerita pasai anak ni, aku teringat beberapa kes yang berlaku sebelum ini ibu tiri dera anak, ibu bunuh anak. Tergamak sungguh mereka lakukan perbuatan yang tak berperikemanusiaan itu terfikir juga aku apa perasaan mereka yang memukul anak kecil tanpa belas kasihan walau mungkin bukan anak kandung tapi mengapa tubuh kecil ini disakiti? Tiadakah sifat belas kasihan dalam diri? Sedangkan aku kalu jentik atau cubit anak-anak ketika aku marah dan selepas tu memang aku rasa bersalah snagat walau sikitpun tak meninggalkan kesan tau bekas pada tubuh badan mereka. Di mana nilai kasih sayang mereka kepada anak-anak kecil ini? Sedih sangat bila membaca atau tengok berita tentang penderaan kanak-kanak sama ada di rumah, pusat asuhan. Anak adalah anugerah Allah untuk kita bukan semua orang yang dapat meras untuk menjadi seorang ibu atau seorang bapa. Masih ramai di luar sana yang ingin merasai pemgalaman menjadi ibu bapa tapi belum diberi rezeki oleh Allah. Kenapa mereka yang diberi peluang tergamak melakukan perbuatan kejam itu? Adakah itu cara mendidik? Renung-renugkan dan fikir-fikirkanlah dengan hati yang tenang.

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK


