SweetMuslimah.com

Sunday, July 5, 2015

Mikraj Cinta Datuk Siti Nurhaliza

Assalamualaikum..

Mesej Istimewa Mikraj Cinta Dalam Album Unplugged Siti Nurhaliza
Selamat pagi..lewat kebelakangan ini kerap aku terdengar di corong-corong radio lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza Mikraj Cinta, lirik yang syahdu dengan melodi yang sedap di dengar. lagu tersebut dimuatkan dalam album terbaru Datuk Siti Nurhaliza berjudul Unplugged.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan keinginan untuk membawakan lagu berunsur ketuhanan adalah faktor utama terhasilnya lagu  Mikraj Cinta yang dimuatkan dalam album terbaharu Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Unplugged.
Menurut Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza binti Tarudin, lagu tersebut mengajak pendengar menghayati hubungan antara diri dan Yang Maha Pencipta.
“Lagu Mikraj Cinta ini telah dihasilkan awal memandangkan saya telah membuat persembahan di Istana Budaya ketika pementasan teater Sirah Junjungan.

“Ketika itu saya telah memandang ke hadapan dan akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan lagu ini dalam sebuah album bersama lagu-lagu lain,” ujar ketika di sidang media pelancaran album Unplugged di Kuala Lumpur.
Jelas Siti Nurhaliza lagi, dia turut gembira mendapat kerjasama penyanyi Hafiz Hamidun yang sinonim dengan penciptaan lagu-lagu Islamik.
“Lagu Mikraj Cinta ini walau berunsur ketuhanan, ia tidak kedengaran mirip nasyid tetapi lebih kepada sebuah lagu kontemporari yang sesuai dengan konsep album keseluruhannya,” kata beliau yang membuat permintaan khas agar diterapkan bunyi-bunyian biola seperti yang kerap dialun dalam muzik Arab.

Turut dimuatkan dalam album Unplugged adalah dua lagi lagu baharu genre pop berjudul Engkau dan juga Menatap Dalam Mimpis usunan komposer Aubrey Suwito.

Rakaman album Unplugged berkenaan diambil daripada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 7 April yang lalu.

Seleksi lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan antara lagu-lagu hits beliau sepanjang dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Hampir kesemua lagu dalam album ini diterbit dan mendapat sentuhan daripada Aubrey.
“Saya memang sejak dulu mengambil tarikh-tarikh yang sangat istimewa dalam penghasilan sesuatu. Contohnya pada awal penglibatan saya dahulu, saya merakamkan album pada bulan Ramadan dan ia dilancarkan pada tarikh ulang tahun kelahiran iaitu pada 11 Januari.
“Kebetulan tarikh pelancaran kali ini setelah genap dua bulan selepas konsert Unplugged dan saya rasa ia sesuai dilancarkan memandangkan orang masih ingat lagi pada persembahan tersebut,” ujar beliau.
Dalam majlis pelancaran tersebut, turut ditayangkan kepada hadirin klip video lagu berkenaan yang telah menjalani penggambaran di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur.

Berdasarkan sambutan menggalakkan di laman sosial, Siti Nurhaliza beranggapan album berbentuk cakera padat (CD) tetap menjadi pilihan peminatnya kerana boleh dijadikan koleksi bersama album-album beliau terdahulu.
Sumber: Astro Awani

Wednesday, July 1, 2015

Heroin Syurga Nur Slot Akasia TV3

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan semoga semuanya baik-baik untuk hari ini. Semalam berakhir la drama Dia..Isteri Luar Biasa di Slot Akasia TV3. menggantikan drama DILB ni ialah Syurga Nur. Heronya ialah Amar Asyraf tapi heroinnya ialah muka baru la kiranya. Walau dah banyak berlakon drama kebanyakannya tayangan di Astro, pelakon cantik Janna Nick serasa aku xpernah lagi memegang watak utama mungkin dalam Jodoh 2 tapi disamping Hanis Zalikha. Memula tengok preview drama Syurga Nur ni aku rasa macam pernah tengok heroinnya apatah lagi dalam drama ni Jannah Nick bertudung memang nampak sedikkit lain la. Drama Drama airmata ni huhu..Bila dirisik rupanya memang dia yang pernah berlakon drama jodoh dan juga drama Puasa oh Puasa yang kini ditayangkan di Astro Ceria. Janna Nick memang pelakon yang berbakat dan harapanku dia akan bawa watak yang jadi ingatan. pada kita. Jom tengok biodata Janna Nick serba sikit.


Biodata Profile Janna Nick
Cantik Janna Bertudung

Nama Sebenar: Janna Nick

Nama Komersial: Janna Nick

Tarikh Lahir: ?/?/1995

Umur: 20 Tahun (2015)

Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah

Pendidikan: SMK Convent Bukit Nanas, Danau Kota SPM 6A 2B+

Drama: Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, HidayahMu Ramadan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jemur KainSyurga Nur

Telemovie: Ikatan, Cinta Vlog,

Filem: - - 


Instagram : http://instagram.com/jannanick

Harga Minyak Ron 95 dan Ron 97 naik lagi

Assalamualikum..

Selamat pagi, semalam aku terima mesej ini aku masih xpasti kerana memang xsempat nak tengok berita pun..

Rakan niaga semua, harap maklum bermula tengah malam 00:01 1hb July' 2015.
Ron97 -RM2.55/lt (dgn GST)
Ron95 -RM2.15/lt
Diesel - tiada perubahan

Tapi pagi ini dah dapat pengesahan bila dengar berita pagi ini harga minyak memang naik 10 sen untuk Ron 95 dan 20 sen bagi Ron 97.. Macam baru sangat je harga minyak naik pada 1Jun 2015..huhuhu