SweetMuslimah.com

Monday, November 16, 2015

Ingat Mati

BILA KITA INGATKAN MATI

Bila kita ingatkan mati.
Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI.

Bila kita ingatkan mati.
Kita tak PENTING diri sendiri.

Bila kita ingatkan mati.
Kita boleh buangkan BENCI.

Bila kita ingatkan mati.
Semua orang kita AMPUNI.

Bila kita ingatkan mati.
Kita selalu INSAFI diri.

Bila kita ingatkan mati.
Kita BERUSAHA kuat lagi.

Bila kita ingatkan mati.
Kita saling MENASIHATI.

Bila kita ingat mati.
Kita kena beradab ada budipekerti.

Bila kita ingat mati.
Yang tua2 kita hormati.

Bila kita ingat mati.
Apa orang tegur tak suka jangan ulang-ulangi.

Bila kita ingat mati.
Mak-ayah pun tak ada lagi,
Abang-kakak kita hormati.

Bila kita ingat mati.
Senda gurau jangan melebihi.

Bila kita ingat mati.
Segala perbuatan kita batasi.

Bila kita ingat mati.
Kurangkan merapu lebihkan nasihat-menasihati.

Bila kita ingatkan mati.
Kita telah MENGHIDUPKAN hati.

Bila kita ingatkan mati.
Tidak ada KESEDIHAN lagi.

Bila kita ingatkan mati.
Kita seronok hendak BERBAKTI.

Bila kita ingatkan mati.
Hidup menjadi lebih BERERTI.

Bila kita ingatkan mati.
Kita ingat ALLAH kepada Nya kita akan KEMBALI.

Monday, October 19, 2015

Juara Da'i Musim Ke-3

Assalamualaikum...
Selamat pagi..semalam korang tgk tak Da'i akhir? Member office aku yg sgt minat kat Da'i Hamidah ptg lg dah bg tau mlm ni nk off h phone nk bg tumpuan penuh Da'i akhir. Begitu la sokongan penuh yg diberi untuk org senegeri..bkn saja negeri tp juga duk daerah yg sama juga.. Seperti yang dijangka Da'i Hamidah menjadi juara dengan markah 85.9%. Tahniah buat Da'i Hamidah yang berasal dari Sik, Kedah. Berusia 23 tahun namun bicara dan tutur kata begitu bernas dan bersahaja bisa menarik penonton untuk terus mendengarnya. Semoga beliau akan terus berjaya untuk menyampaikan dakwah kepada golongan muda dan menjadi ikon yang tinggi ilmu untuk adik-adik generasi muda akan datang..

Monday, October 12, 2015

Drama Baru Samarinda TV3 Dhia Sofea

Assalamualaikum..

Selamat tengah hari uollls... lam sungguh menyepi sampaikan bersawang-sawang dah aku punyer blog...Alasan cliche sah-sah dah busy hihihi...Tak tahu apa la yang busy sangatkan..Perkembagan semasa pun xberapa nak ambik tahu huhuhu...Cuma semalam masa duk list untuk rakam drama-drama minggu ni terperasan la eh eh ada drama baru gantikan drama Bukan Isteri Sempurna..Drama ni pun baru je abis tengok semalam..Drama yang menggantikan Bukan Isteri Sempurna aku pasti korang memang dah tahukan.. Dhia Sofea lakonan Amyra Rosli dan Fadlan Hazim serta ramai lagi pelakon-pelakon hebat lain seperti Raja Ema, Maria Farida, Syafiq Kyle, Faye Khusairi, Norlia Ghani, Sharifah Haslinda, Dato'Eizlan  Yusoff\ dan ramai lagi muka baru dan lama..Baca Sipnosis macam best la tapi apapun kena tengok dulu tapi bila nak boleh tengok tu tak tahu la..aku ni lambat la kalu dah rakam maklum saje dari jam 8-10 malam channel kat rumah 611-617 je bersiaran..huhuhu
Apa yang menarik lagi pasal drama ni ialah OSTnya..Lagu Merindukanmu nyanyian D'Masiv lagu lama ni tapi aku memang suka sangat..Masa pantang kat kampung tahun 2009 mak aku suka tengok sinetron kalu xsilap aku tajuknya SEKAR lakonan Dude Herlina dan Heroinnya lupa plak namaya hihihi sebab aku bukan minat sangat sinetron ni..Tapi lagu menrindukanmu ni juga jadi OST sinetron tu..Dah tiap-tiap hari dengar macam best je liriknya..


MERINDUKANMU

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
reff:
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu
saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
repeat reff
Tak tahu nak kata ada kena mengena memang tak la tapi mungkin sebab jauh dari En. suami kot hihihi...Sekarang ni nak tunggu drama Kau, AKu, Kita Lakonan Syarul Rizdwan bersama Janna Nick.. ok la panjang sangat dah ni..Nanti kalu projek DIY aku menjadi aku share kat sini la...
Dhia Sofea TV3
Dhia Sofea
Saksikan Dhia Sofea Mulai 14 Oktober 2015 Selasa hingga Khamis Jam 10.00 malam di TV3