SweetMuslimah.com

Thursday, July 30, 2015

Open Office...Raya Sungguh

Assalamualaikum..
Selamat malam, lama xupdate ape2 dlm blog ni maklumla sibuk btl masa dkt2 nk raya dan bersambung lepas raya..pastu satu lg projek baru yg sedang nk kaji n blajakan..nanti dah menjadi bolehla publish..hehehe...cukup la untuk kepuasan diri aku sendiri..
Hari ni office aku wat Sambutan Majlis Hari Raya..memang meriah sangat dan berbaloi semua kerja keras rakan2 sekerja yg bertungkus lumus menghias dan menyediakan semua keperluan untuk Majlis ni.. Aku hari ini cuma tolong sikit2 je sorry banyak ye kwn2.. Mata ni asyik nk tertutup je sebab semalaman aku xtido..huhuhu..macam2 jd xperlu la aku ceritakan nnt makin panjang plak celoteh aku ni...xsemestinya apa yg kita rancang akan berjalan lancar jika ada halangan pasti itu ujian untuk kita.. Terima kasih untuk rakan yg sporting memahami... Meh la nk belanja ckit gambar sekitar Majlis tadi tahun ni mmg meriah sgt kerana hampir semua jemputan hadir terima kasih juga kepada hadirin yg hadir memeriahkan Majlis Jabatan kami..





Antara menu-menu yg istimewa Nasi Arab ayam kampung, Mee rebus dan Lontong



Tetamu yg hadir dan menjamu selera

Saturday, July 25, 2015

Masa

Assalamualaikum..

Selamat pagi, share sikit untuk renungan kita bersama...

PADA YG 50, 50++, DKT2 50

S U D A H  M E L E B I H I ?
S E D A N G  M E N G H A M P I R I ?
M A S I H  J A U H  L A G I ?

Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ

Wednesday, July 22, 2015

Didik Dan Sayangilah Anak-Anak Kita

Assalamualaikum..

Selamat petang, dahraya ke 6 hari ni. hari ni terpaksa bawa hadif ke Pejabat kerana taska Hadif masih belum dibuka. haru biru juga la bawa budak kecik ni ke Office... Alahai anak mama, budak aktif semua benda nak teroka.. Belum sampai tengah hari hadif masih lagi seronok ke sana ke sini tapi mamanya dah penat larang dan kejar dia hihihi..Kenapalah Taska tu cuti lama sangat? memang betul dah menyusahkan aku.  Dah la nak cuti payah, nak tak nak terpaksa juga angkut anak mai office. Cerita pasai anak ni, aku teringat beberapa kes yang berlaku sebelum ini ibu tiri dera anak, ibu bunuh anak. Tergamak sungguh mereka lakukan perbuatan yang tak berperikemanusiaan itu terfikir juga aku apa perasaan mereka yang memukul anak kecil tanpa belas kasihan walau mungkin bukan anak kandung tapi mengapa tubuh kecil ini disakiti? Tiadakah sifat belas kasihan dalam diri? Sedangkan aku kalu jentik atau cubit anak-anak ketika aku marah dan selepas tu memang aku rasa bersalah snagat walau sikitpun tak meninggalkan kesan tau bekas pada tubuh badan mereka. Di mana nilai kasih sayang mereka kepada anak-anak kecil ini? Sedih sangat bila membaca atau tengok berita tentang penderaan kanak-kanak sama ada di rumah, pusat asuhan. Anak adalah anugerah Allah untuk kita bukan semua orang yang dapat meras untuk menjadi seorang ibu atau seorang bapa. Masih ramai di luar sana yang ingin merasai pemgalaman menjadi ibu bapa tapi belum diberi rezeki oleh Allah. Kenapa mereka yang diberi peluang tergamak melakukan perbuatan kejam itu? Adakah itu cara mendidik? Renung-renugkan dan fikir-fikirkanlah dengan hati yang tenang.





SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK
1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10. Barangsiapa membekalkan anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahala anak-anak.
11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian sirat.

Tuesday, July 21, 2015

Raya, Raya, Raya

Assalamualaikum..

Selamat pagi, dah lama xmerapu kat sini nampaknya sawang pun dah penuh ni jd kna rajin la untuk cuci semula hihihi.. Hari ni dah masuk 5 Syawal dah 5 hari beraya ek..aku pun sejak kemarin dah mula keje xbestnya xleh nk cuti lama-lama.. Masuk keje kemarin office dan juga bangunan persekutuan ni sunyi sepi maklumla masih ramai yg bercuti lagi la buat mood nak keje ke laut..huhu
Raya tahun ni aku beraya di Kedah, dah giliran sini kan..tapi apapun aku xkisah dah senenarnya walau di mana beraya sbb family mertua pun macam family kita juga walau rasa sedih tapi aku redha dah jodoh aku kannnn...Raya tahun ni juga aku macam cipta rekod la sebab biskut raya yg beli satu jenis je yg len semua homemade, biasa buat satu jenis beli berjenis-jenis hahaha..walau pun aku ni bkn la pndai sangat bab2 nk wat biskut ni tp ok la utk permulaan..satu lagi ketupat daun palas Alhamdulillah..menjadi jugak setelah sehari jgk la aku bertungkus lumus hihihi bunyi mcm teruk sgt je nk wat ketupat kan..ye la nk bagi jd ketupat jantan bak kata org Kedah.. Bab balut ni dr thn lepas lg aku belajar tp dah memang x amal jd xingat la step tu..tetina kasih la kawan2, En. Google dan.semestinya ibu mertuaku yg mengajar aku bagaimana nk buat ketupat daun palas versi Kedah.. Di Kg halaman aku cara balutannya len sikit..
Satu lg perkara baru yg aku buat ialah belajar guna mesin jahit..huhuhu mmg cabaran betul sebab xpernah sentuh malah nk boh benang kat mesin pun xpndai.. Jadi sebagai beginner ni aku try pleat langsir supaya bila nak pasang xyah la nk kedut2 dah..hihihi Bila ingat semula mmg agak kelam kabut jugak sbb semua benda nk wat dlm satu masa.. Terima kasih buat En suami yg banyak membantu untuk tugasan len...kerjasamakann...
Raya thn ni mengajar aku untuk lebih teliti menyusun atur kerja di masa akan datang jgn nk tunggu last minute.. Apapun pun yg kita lakukan beserta niat yg ikhlas in sha Allah akan dipermudahkan,  xtahu jgn malu nk tanya dan belajar.. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.. Kena gelak sikit2 tu tahan je la..hihihi dah tua2 ni baru nk blaja huhuhu...

Try Pasang Langsir yang baru dijahit..Besi untuk Langsir tu tinggi lagi sebenarnya sebab tu nampak labuh.
Gigihnya buka daun palas hihihi
Hasil ketupat yang dibuat sendiri..Kena banyak belajar lagi..

Tuesday, July 14, 2015

QI & NELYDIA SUDAH BUAT PERSIAPAN PERTUNANGAN

Assalamualaikum..

Selamat pagi, lagi dua tiga hari kita semua kan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga korang pun dah siapkan persiapan akhir untuk family korang walau di man punkorang beraya. hari ini hari last aku bekerja sebelum cuiti. Sebelum cuti ini nak share skit tentang pasangan Qi Razali & Nelydia Senrose yang khabarnya akan ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.


nelydia



Kisah percintaan pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose bukanlah menjadi rahsia lagi dikalangan peminat seni tempatan. Malah, keduanya mengakui ikatan cinta mereka semakin hangat walaupun tidak terlalu terbuka bercerita mengenainya kepada khalayak.

Namun, sejak akhir-akhir ini sering kali terdengar khabar angin menyatakan mereka bakal bertunang tidak lama lagi.

Memetik laporan Sinar Online, Qi menjelaskan mereka sebenarnya sudah pun membuat persiapan pertunangan namun bukanlah secara keseluruhan.

"Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti," katanya perbincangan bersama kedua keluarga telah dibuat tetapi tarikh masih belum ditetapkan.

Tambah pelakon Suamiku Jatuh Dari Langit ini juga, dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai cerita tersebut kerana masih dalam perancangan.

"Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," jelas pelakon berusia 37 tahun ini.

Saturday, July 11, 2015

15 Amalan Ringan di Bulan Ramadhan Yang Besar Pahalanya

Assalamualaikum..

Ramadhan adalah bulan untuk beramal ibadah. Untuk melakukan amal ibadah tersebut tidak perlu yang berat,  jika kita tidak mampu melakukannya. Banyak amalan yang ringan dalam bulan Ramadhan yang boleh kita buat.

Di antara amalan yang ringan yang diajarkan Rasulullah SAW pada kita adalah rutin mengamalkan amalan soleh meskipun amalan itu sedikit dan ringan, atau bahkan dipandang remeh oleh sebagian orang. Namun ternyata tanpa kita sangka, ternyata amalan tersebut mengandungi pahala yang besar.

Berikut ini adalah beberapa amalan yang mudah dan ringan untuk dilakukan di bulan Ramadhan, namun besar pahalanya:

1. Membaca : subhaanallaahi wa bihamdihi subhaanallaahil ‘adzim

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

“Ada dua kalimat yang dicintai oleh Allah, ringan di lisan, dan berat ditimbangan: (iaitu bacaan) subhaanallaahi wa bihamdihi subhaanallaahil ‘adzim [Mahasuci Allah dan dengan memujiNya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung]” (HR. Al Bukhari)

2. Wudhu dengan sempurna dan membaca do’a, sebagaimana hadits berikut:

Dari Umar bin Khattab, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna, kemudian selesai wudhu' dia membaca: asyhadu allaa ilaha illallah wa anna muhammadan abdullahi wa rasuuluh [aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT dan bahwasanya Muhammad adalah hamba Allah SWT  dan Rasul-Nya, maka akan dibukakan untuknya pintu surga yang jumlahnya lapan, dan dia boleh masuk dari pintu mana saja yang dia sukai.” (HR. Muslim)

3. Menghadiri shalat jumaat di awal waktu, dengan memperhatikan adabnya.

Dari Aus bin Aus Ats Tsaqafi, bahwa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membasuh (kepalanya) dan mencuci (seluruh tubuhnya) di hari Jumaat (mandi Sunat), lalu berangkat ke masjid dan dia mendapatkan khutbah dari awal, dia berjalan dan tidak naik kenderaan, dia mendekat ke khatib, konsentrasi mendengarkan khutbah dan tidak berbicara maka setiap langkahnya (dinilai) sebagaimana pahala puasa dan shalat malam selama setahun.” (HR. Abu Dawud, At tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan dinilai shahih oleh Al Albani)

Abu Zur’ah mengatakan: “Saya tidak pernah menjumpai satu hadits yang menceritakan pahala yang besar dengan amal yang sedikit yang lebih shahih dari hadits ini.”

4. Shalat dhuha dua rakaat.

Dari Abu Dzar, Nabi SAW bersabda:

“Setiap ruas tulang kalian wajib disedekahi, setiap tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir bernilai sedekah, amar ma’ruf nahi munkar bernilai sedekah, dan semua kewajiban sedekah itu akan ditutupi dengan dua rakaat shalat dhuha.” (HR. Muslim & Abu Dawud)

5. Berzikir di masjid setelah shubuh.

Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang shalat subuh berjamaah, kemudian tetap duduk di masjid sampai terbit matahari, kemudian shalat dua rakaat maka dia mendapat pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna.” (HR. At Tirmidzi dan dinilai hasan oleh Al Albani)

6. Membaca Al Qur’an.

Dari Abdullah bin Mas’ud, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Qur’an maka dia mendapat satu pahala kebaikan. Dan setiap satu pahala itu dilipatkan menjadi 10 kali….” (HR. At Tirmidzi, At Thabrani dan dinilai shahih oleh Al Albani)

7. Membaca zikir ketika masuk pasar atau tempat keramaian.

Dari Abdillah bin Amr bin ‘Ash, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang masuk pasar kemudian dia membaca: laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumiit wa huwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khair, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir [tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah tiada sekutu bagiNya, milikNyalah seluruh kerajaan. Dan milik-Nyalah seluruh pujian, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha hidup dan tidak mati, di Tangan-Nyalah segala kebaikan, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu] maka Allah SWT catat untuknya sejuta kebaikan, Allah SWT hapuskan sejuta kesalahan, dan Allah SWT angkat untuknya satu juta derajat.” (HR. At Tirmidzi, Al Hakim, Ad Darimi dan dinilai hasan oleh Al Albani)

8. Shalat berjama’ah di masjid.

Dari Abu Umamah, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang keluar dalam keadaan suci, menuju masjid untuk melaksanakan shalat jama’ah maka pahalanya seperti pahala seperti orang yang sedang haji dalam keadaan ihram.” (HR. Abu Dawud dan dinilai hasan oleh Al Albani)

9. Berzikir ketika terbangun dari tidur.

Dari Ubadah bin Shamit, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang terbangun (nglilir) ketika tidur malam kemudian dia membaca: laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir. subhanallah,wal hamdulillah, wa laa ilaha illallah wallahu akbar wa laa haula wa laa quwwata illa billah [tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah seluruh kerajaan, milk-Nyalah segala pujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji milik Allah SWT Mahasuci Allah SWT tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha besar. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah SWT kemudian dia beristighfar atau berdo’a maka akan dikabulkan. Jika dia berwudhu kemudian shalat dua rakaat maka shalatnya diterima.” (HR. Bukhari & Abu Dawud)

10. Shalat sunnah dua rakaat sebelum subuh.

Dari ‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Muslim)

11. Memperbanyakkan membaca shalawat Nabi.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca shalawat untukku sekali, maka Allah SWT akan memberikan shalawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)

Dalam riwayat lain: “Barangsiapa yang membaca shalawat untukku sekali, maka Allah SWT akan memberikan shalawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh derajat.” (HR. An Nasa’i, shahih)

12. Menjawab adzan dan membaca do’a setelah adzan.

Dari Jabir bin Abdillah, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mendengarkan adzan kemudian dia membaca do’a: Allahumma rabba hadzihid da’watittammah washshalatil qa’imah, ati muhammadanil wasilata wal fadhilah wab’ats-hu maqamam mahmudanilladzi wa’adtahu [Ya Allah SWT , Rabb pemilik panggilan yang sempurna dan shalat wajib yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan fadhilah. Bangkitkanlah beliau ke tempat terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya.] maka dia berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat.” (HR. Bukhari)

13. Membaca dzikir setiap pagi dan petang. Diantara dzikir yang disyariatkan adalah membaca : ‘subahanallah wa bihamdihi‘’

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa di waktu pagi dan petang membaca: ‘subahanallah wa bihamdihi‘ seratus kali maka tidak ada seorang pun yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala yang lebih baik dari pahala yang dia bawa, kecuali orang yang membaca seperti yang dia baca atau lebih banyak.” (HR. Muslim)

14. Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang mengajak orang lain untuk melakukan kesesatan dan maksiat maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR. Muslim)

15. Rajin beristighfar.

Dari Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang rajin beristighfar maka Allah SWT akan berikan jalan keluar setiap ada kesulitan, Allah SWT berikan penyelesaian setiap mengalami masalah, dan Allah SWT berikan rizki yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud, hasan lighairihi).

Sebarkan kebaikan walau satu ayat😄

Tuesday, July 7, 2015

Bas Percuma Untuk Pulang Beraya

Assalamualaikum Semua...

Selamat petang saya dapat info ni dari kakak saya untuk student yg nak balik raya dr KL-KTRG. Bas percuma disediakan..
Kpd siapa2 yg masih blum ada ticket balik kg, boleh pm sy, Nasir +6017 365 9792 untuk booking seat ...
Kuala Lumpur - Terengganu

Detail adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Julai 2015
Masa: 8.30 PM
Tempat: Kg.Baru, K. Lumpur

Untuk urusan booking, sila hantarkn detail spt berikut:

Subjek: Bas  Raya Permata 2015

Nama penuh:
Kampus:
No tel:

#student Terengganu yg brada di area sekitar Kuala Lumpur shj.

Khidmat bas balik raya percuma ini disediakan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dengan Kerjasama Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Sekian, terima kasih

Khasiat Pokok Durian Belanda







Assalamualaikum..


Kenal tak buah pada gambar di sebelah? Buah ni namanya durian belanda, isinya berwarna putih dan ada biji hitam. ermm rasanya memang enak dan sedap juga dibuat jus. Rupa-rupanya daun pokok durian belanda ini mempunyai khasiat untuk perubatan.   
Daun durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10,000 kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat pokok ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika telah membuka tabir rahsia pohon ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Graviola telah diuji oleh lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatenkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia telah menghubungi sebuah perusahaan yang mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola sangat berkesan menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan di atas.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Monday, July 6, 2015

Kek Kukus Milo Yang Mudah

Assalamualaikum...

Selamat pagi.. dah dekat-dekat nak raya ni macam-macam mood mai tapi tak tahu nak buat yang mana satu dulu..tapi apapun hari ni nak share satu resepi kek yang mudah sangat dulu suka sangat wat kek coklat tak kira la versi kukus ke bakar ke semua dah try.. sekarang meh kita wat kek milo plak ok..






KEK KUKUS MILO
Bahan A

1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak )
1 sk serbuk bikarbonat
1 sk serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur
1 sk esen vanilla
Langkah- langkah :
1) campurkan semua bahan A dlm periuk dan kacau sehingga sebati dgn keadaan api sederhana..Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2) sementara tgu bahan A sejuk sedikit, dlm bekas lain pecahkan 3 biji telur dan ltk esen vanilla ( spt di bahan C ) .kepuk sehingga kembang yer.Selepas selesai kepuk, campurkan kedlm bahan A yg telah disejukkan td dan kacau.
3) Selepas itu, masukkan pula bahan B ke dlm acuan bahan A dan bahan C td, kemudian kacau sehingga sebati..Kalo rajin blh kacau sehingga xde gelembung2 tepung tu..Aku xdenye rjn nk tgu lm..asalkan sebati semua tepung tu dlm acuan coklat dh memadai..hehehe
4) Kemudian sapu loyang ( aku ltk dlm bekas plastik microwave tu je ) dgn marjerin sbb xnk nanti acuan melekat.lagipon sng ckit nak tanggalkan bile dh masak..
5) Selepas dh sapu dgn marjerin, tuang acuan td ke dlm bekas / loyang tersebut. Jgn lpe sblm buat semua ni, korg pnskan dulu air utk kukus ye.so sng lah nt air dh tersedia ble acuan kek dh siap.
6) Bile air dh menggelegak, blhlah letakkan acuan kek td ke dlm bekas pengukus tu dan kukus paling lama sejam..Kalo nk thu kek tu dh masak blm, korg try cucuk dgn garfu.Kalo x melekat tu maknanya dh masak lah..
tips ; sila tutup bks loyang tu dgn aluminium foil ye sb xnak bg air wap tu masuk dlm kek, nt kek korg x menjadi ler..ni tips penting ye, jgn abaikan..
Sementara tgu kek masak jom kita buat topping dia plak.
Topping
- 1 cawan milo
- 2 sb minyak masak
- 3 sb air
- 1/2 cawan susu pekat
Campur semua bahan tu..masak secara double boiler yer..Agak2 dh berkilat blh la tutup api..
7) Bila dh masak kek milo kukus tu sejukkan terlebih dahulu..Bila dh sejuk ckit, terbalikkan kek tersebut lps tu baru ltk topping yer..Lepas tu blh la hias nk ltk coklat rice ke ape ker.

Sunday, July 5, 2015

Buffet Ramadhan Menara Alor Setar

Assalamualaikum..

Selamat pagi..hari ini nak share satu lagi tempat yang menyediakan Buffet Ramdahan iaitu di Restoran Berputar Menara Alor Setar.
Sempena bulan Ramadhan Al - Mubarak, Menara Alor Setar memperkenalkan promosi Berbuka Puasa iaitu "Bufet Ramadhan @ 360’ Restoran Berputar Menara Alor Setar 2015" bertemakan "Citarasa Warisan" yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.
Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 19 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan harga RM57 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak – kanak.
Buffet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi kami ditalian 04-720 2901 atau 04-720 2902 . Jangan tunggu lagi tempahlah sekarang..
Untuk Tempahan Buffet Ramadhan 

Antara Menu-menu yang disediakan

Mikraj Cinta Datuk Siti Nurhaliza

Assalamualaikum..

Mesej Istimewa Mikraj Cinta Dalam Album Unplugged Siti Nurhaliza
Selamat pagi..lewat kebelakangan ini kerap aku terdengar di corong-corong radio lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza Mikraj Cinta, lirik yang syahdu dengan melodi yang sedap di dengar. lagu tersebut dimuatkan dalam album terbaru Datuk Siti Nurhaliza berjudul Unplugged.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan keinginan untuk membawakan lagu berunsur ketuhanan adalah faktor utama terhasilnya lagu  Mikraj Cinta yang dimuatkan dalam album terbaharu Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Unplugged.
Menurut Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza binti Tarudin, lagu tersebut mengajak pendengar menghayati hubungan antara diri dan Yang Maha Pencipta.
“Lagu Mikraj Cinta ini telah dihasilkan awal memandangkan saya telah membuat persembahan di Istana Budaya ketika pementasan teater Sirah Junjungan.

“Ketika itu saya telah memandang ke hadapan dan akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan lagu ini dalam sebuah album bersama lagu-lagu lain,” ujar ketika di sidang media pelancaran album Unplugged di Kuala Lumpur.
Jelas Siti Nurhaliza lagi, dia turut gembira mendapat kerjasama penyanyi Hafiz Hamidun yang sinonim dengan penciptaan lagu-lagu Islamik.
“Lagu Mikraj Cinta ini walau berunsur ketuhanan, ia tidak kedengaran mirip nasyid tetapi lebih kepada sebuah lagu kontemporari yang sesuai dengan konsep album keseluruhannya,” kata beliau yang membuat permintaan khas agar diterapkan bunyi-bunyian biola seperti yang kerap dialun dalam muzik Arab.

Turut dimuatkan dalam album Unplugged adalah dua lagi lagu baharu genre pop berjudul Engkau dan juga Menatap Dalam Mimpis usunan komposer Aubrey Suwito.

Rakaman album Unplugged berkenaan diambil daripada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 7 April yang lalu.

Seleksi lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan antara lagu-lagu hits beliau sepanjang dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Hampir kesemua lagu dalam album ini diterbit dan mendapat sentuhan daripada Aubrey.
“Saya memang sejak dulu mengambil tarikh-tarikh yang sangat istimewa dalam penghasilan sesuatu. Contohnya pada awal penglibatan saya dahulu, saya merakamkan album pada bulan Ramadan dan ia dilancarkan pada tarikh ulang tahun kelahiran iaitu pada 11 Januari.
“Kebetulan tarikh pelancaran kali ini setelah genap dua bulan selepas konsert Unplugged dan saya rasa ia sesuai dilancarkan memandangkan orang masih ingat lagi pada persembahan tersebut,” ujar beliau.
Dalam majlis pelancaran tersebut, turut ditayangkan kepada hadirin klip video lagu berkenaan yang telah menjalani penggambaran di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur.

Berdasarkan sambutan menggalakkan di laman sosial, Siti Nurhaliza beranggapan album berbentuk cakera padat (CD) tetap menjadi pilihan peminatnya kerana boleh dijadikan koleksi bersama album-album beliau terdahulu.
Sumber: Astro Awani

Wednesday, July 1, 2015

Heroin Syurga Nur Slot Akasia TV3

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan semoga semuanya baik-baik untuk hari ini. Semalam berakhir la drama Dia..Isteri Luar Biasa di Slot Akasia TV3. menggantikan drama DILB ni ialah Syurga Nur. Heronya ialah Amar Asyraf tapi heroinnya ialah muka baru la kiranya. Walau dah banyak berlakon drama kebanyakannya tayangan di Astro, pelakon cantik Janna Nick serasa aku xpernah lagi memegang watak utama mungkin dalam Jodoh 2 tapi disamping Hanis Zalikha. Memula tengok preview drama Syurga Nur ni aku rasa macam pernah tengok heroinnya apatah lagi dalam drama ni Jannah Nick bertudung memang nampak sedikkit lain la. Drama Drama airmata ni huhu..Bila dirisik rupanya memang dia yang pernah berlakon drama jodoh dan juga drama Puasa oh Puasa yang kini ditayangkan di Astro Ceria. Janna Nick memang pelakon yang berbakat dan harapanku dia akan bawa watak yang jadi ingatan. pada kita. Jom tengok biodata Janna Nick serba sikit.


Biodata Profile Janna Nick
Cantik Janna Bertudung

Nama Sebenar: Janna Nick

Nama Komersial: Janna Nick

Tarikh Lahir: ?/?/1995

Umur: 20 Tahun (2015)

Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah

Pendidikan: SMK Convent Bukit Nanas, Danau Kota SPM 6A 2B+

Drama: Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, HidayahMu Ramadan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jemur KainSyurga Nur

Telemovie: Ikatan, Cinta Vlog,

Filem: - - 


Instagram : http://instagram.com/jannanick

Harga Minyak Ron 95 dan Ron 97 naik lagi

Assalamualikum..

Selamat pagi, semalam aku terima mesej ini aku masih xpasti kerana memang xsempat nak tengok berita pun..

Rakan niaga semua, harap maklum bermula tengah malam 00:01 1hb July' 2015.
Ron97 -RM2.55/lt (dgn GST)
Ron95 -RM2.15/lt
Diesel - tiada perubahan

Tapi pagi ini dah dapat pengesahan bila dengar berita pagi ini harga minyak memang naik 10 sen untuk Ron 95 dan 20 sen bagi Ron 97.. Macam baru sangat je harga minyak naik pada 1Jun 2015..huhuhu