Tip ini aku baca dari Majlalah Mingguan Wanita dan aku tertarik dengan tajuk ini kerana aku mempunyai tiga orang anak yang sedang membesar dan cukup sukakan minuman berkultur, jus atau berkarbonat. Bila ke Pasaraya memang terdapat pelbagai jenis minuman yang dijual untuk kanak-kanak sama ada yang berkhasiat ataupun tidak mengandungi khasiat langsung. Tip ni mungkin berguna untuk dikongsi bersama.
Anak-anak cepat terpengaruh dengan minuman yang terdapat di pasaran, apatah lagi dengan semakin banyak dan kreatifnya iklan minuman yang disiarkan di media massa. Walaupun kelihatan mengundang selera kepada anak, tetapi tidak semuanya memberi kesan positif khusus dari segi diet sihat untuk kanak-kanak.
Soal memilih diet sihat untuk kanak-kanak, ramai di kalangan ibu bapa tidak sedar mengenai kepentingan minuman berkenaan. Contohnya, walaupun ibu bapa sedar bahawa susu merupakan minuman sihat, namun masih terdapat kekeliruan dalam memilih minuman terutamanya perbezaan antara jus buah 100% dan jus minuman yang mempunyai perisa buah.
Ramai ibu bapa menyediakan minuman buah dengan 10% jus, perisa buah dan minuman ringan sebagai pengganti kepada 100% jus buah. Ramai ibu bapa dan kanak-kanak keliru dan tidak sedar apakah yang kurang atau ditambah pada minuman berkenaan, misalnya perbezaan antara 100% jus buah dan minuman berjus yang tiada langsung jus buah.
Memilih minuman jus buah 100% amat penting kerana ¾ cawan jus buah, 100% seperti jus epal dikira 2 – 4 hidangan yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam sehari.
Semua minuman boleh menjadi sebahagian diet sihat. Salah satunya ialah dengan meminum pelbagai minuman berbeza. Walau bagaimanapun, minuman sihat seperti 100% jus buah menambah kepentingan zat serta khasiat dalam diet anak.
Beberapa masalah kesihatan juga boleh berlaku akibat pengambilan minuman kurang berkhasiat seperti keretakan tulang, kereputan gigi dan sebagainya.
Tip berikut mungkin boleh membantu ibu bapa menyediakan minuman lebih berkhasiat dan lazat untuk anak.
Cadangan pilihan minuman sihat anak
• Sediakan minuman berkhasiat yang lebih berperisa. Campurkan air mineral dengan jus buah-buahan. Cairkan jus buah-buahan tinggi kalori dengan air segar.
• Sediakan minuman yang mudah didapati. Simpan air di dalam peti sejuk dan air dari buah yang tidak digunakan lagi seperti tembikai, anggur, epal, mangga dan sebagainya yang mudah didapati di rumah.
• Gantikan bentuk minuman perlahan-lahan. Gantikan 100% jus berbanding minuman bergula dan bekalkan air tersebut ke sekolah beberapa kali dalam seminggu.
• Sediakan air minuman sebagai pilihan menyelerakan.
No comments:
Post a Comment